Namun begitu, mungkin ada di antara kita yang merancang untuk membuat pinjaman peribadi dengan menggunakan duit tersebut sebagai deposit rumah. Tindakan sebegini dilihat agak baik, kerana cepat dan dapat jumlah yang sangat banyak, tetapi adakah ianya berbaloi?
Menurut perkongsian dari saudara Amir Syahir, yang turut membuat perkiraan akan hal ini, ia sebenarnya memberi kesan kepada kita sebagai pembeli, kesan yang sebagaimanakah? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian darinya.
Kesan Pembiayaan Peribadi Terhadap Pembiayaan Perumahan
Jika kau buat pembiayaan peribadi untuk dijadikan deposit rumah, ansuran bulanan pembiayaan peribadi dikira dalam perkiraan DSR.
Apa saja yang muncul dalam laporan CCRIS, ia akan dikira dalam perkiraan DSR.
.
1. Kelayakan Beli Rumah Jadi Rendah
✅ Contohnya gaji bersih: RM2300
✅ DSR threshold: 60% X 2300 = RM1380
✅ Tolak NDI RM500: RM1380-RM500 =RM880
✅ Guna Rule 200: 200 X RM880 = RM176K
= Kau mampu beli rumah dalam RM176K.
Tapi jika kau buat pembiayaan peribadi RM20K selama 10 tahun. Ansuran bulanan RM333.
✅ Contohnya gaji bersih: RM2300
✅ DSR threshold: 60% X 2300 = RM1380
✅ Tolak komitmen CCRIS: RM1380-RM333 = RM1047
✅ Tolak NDI RM500: RM1047-RM500 = RM547
✅ Guna Rule 200: 200 X RM547 = RM109,400
= Daripada kelayakan rumah kau mampu beli RM176K, kau hanya mampu beli rumah dalam lingkungan RM109K sahaja. Rugi kan?
.
2. Kadar Keuntungan Bank Tinggi
Orang yang ada pembiayaan peribadi dikira individu yang berisiko oleh pihak bank. Individu berisiko ini selalunya akan mendapat kadar keuntungan bank yang tinggi. Kadar margin pembiayaan (MOF) pun mungkin boleh dapat bawah 90%. Kadar keuntungan bank kau tinggi sikit daripada orang yang tak ada pembiayaan peribadi.
Kesimpulannya, jika kau dah kaji kesan buat pembiayaan peribadi untuk deposit rumah, silakan.
Kepada anak muda, simpan lah duit deposit mulai sekarang. Jangan sampai nak masuk umur 30 tahun baru nak mula menyimpan. Masa tu komitmen hutang kau pun dah banyak kannnnn.
Penafian :
i. DSR mungkin berbeza mengikut bank. Contoh di atas menggunakan DSR maksimum 60%.
ii. NDI (Net Disposable Income), kos sara hidup mungkin berbeza mengikut bank dan lokasi. Contoh di atas menggunakan NDI RM500.
iii. Pengiraan kasar sahaja untuk rujukan asas.
Share | Tag jika bermanfaat
[ASY]
- Siakap Keli
BACA: Dengan Hanya Keluarkan Modal Sedikit Sahaja Tanpa Perlu ‘Mark-Up Loan’, Anda Bukan Sahaja Dapat Rumah Baru, Tetapi Duit Lebih Juga Untuk 'Renovation'
[ASY]
- Siakap Keli
BACA: Dengan Hanya Keluarkan Modal Sedikit Sahaja Tanpa Perlu ‘Mark-Up Loan’, Anda Bukan Sahaja Dapat Rumah Baru, Tetapi Duit Lebih Juga Untuk 'Renovation'