Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Kereta itu Boleh Diajak Bersembang, Sudah Lama Saya Bertanya Khabar Dia" - 'Backpackers' Malaysia Kongsi Keterujaan Jumpa Proton Wira di Chile

21 Jan 2017

CHILE - 'Backpackers' Malaysia yang mengembara di Chile meluahkan rasa terujanya ketika bertemu dengan sebuah kreta Proton Wira di negara asing itu.

Sandy R. Dasan berkongsi keterujaan itu dengan memuat naik gambar kereta tersebut di laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia semalam.

"Saya terjumpa Proton di Pubta Arenas, Chile! Tak jumpa orang Malaysia, jumpa produk Malaysia pun jadilah.

"Kalau kereta itu boleh diajak bersembang, sudah lama saya bertanya khabar dia," katanya di kapsyen gambar itu.

Postingnya mendapat reaksi dan perkongsian daripada lebih 2,700 pengguna Facebook yang lain.

Beberapa netizen lain turut mengambil peluang untuk berkongsi gambar penemuan kereta Malaysia di beberapa negara lain.

Seorang pengikut laman Facebook itu, Muhammad Azuan, berkata dia pernah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja di Nepal.

Muhammad Azuan turut menyertakan gambar kereta tersebut sebagai bukti penemuan kenderaan tersebut.

Seorang lagi netizen, Eyda Aziz turut mengambil kesempatan berkongsi gambar kereta Perodua jenis Kenari berwarna putih yang ditemuinya sewaktu bercuti di negara orang.

"Saya terjumpa (Perodua) Kenari di Mauritius," katanya.


Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "