Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Perlu Naikkan Sewa Rumah, Tetapi Anda Masih Boleh Dapatkan ‘Cash Flow’ Yang Positif, Ini Cara Yang Boleh Dilakukan

22 Jan 2017
No Comment
Foto: Direct Capital

Menjaga hati semua orang bukanlah satu tugasan yang mudah, namun begitu, dalam berbuat demikian, janganlah pula diri sendiri yang merana kelak kerana perlu menanggung bebanan disebabkan oleh perkara tersebut.

Bagi tuan rumah, sudah pasti anda mahu mendapatkan keuntungan dari sewaan rumah tersebut, tetapi, kerana tidak mahu menyusahkan penyewa, anda hanya mengenakan sewa yang rendah, dan tindakan tersebut seikit sebanyak membebankan kewangan anda.

Jadi, apa yang boleh dilakukan? Menurut saudara Hafiz Hazmi terdapat langkah yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak, dan ia adalah juga cara terbaik untuk anda menjadi tuan rumah yang disenangi oleh penyewa anda.

Jom tengok bagaimana caranya.


POSITIFKAN CASHFLOW RUMAH TANPA NAIK SEWA?

Anda akan disayangi penyewa sampai syurga

Biasa untuk rumah sewa, owner akan mengharapkan positif cash flow dari sewaan, tapi tak semua rumah sewa anda boleh harapkan begini secara realitinya bergantung pada faktor demografi dan permintaan setempat.

Dalam masa yang sama, kita tak nak jadi kapitalis hartanah meletakkan sewa yang tinggi melampau. Persoalannya, guana nak dapatkan positif cash flow untuk hartanah anda dalam masa yang sama tidak membebankan penyewa dengan sewaan yang tinggi?

Saya kongsikan kaedah di bawah.

Contoh :-

Rumah beli : RM 200,000
Instalment : RM 1050
Tempoh : 30 tahun
Sewa : RM 800
Gaji : RM 3000
Monthly contribution EPF 11%
EPF akaun 2 : Baki terkini RM6600 ⬅ contoh

1. Buat pengeluaran EPF akaun 2 untuk instalment rumah. Sediakan S&P dan LO rumah tadi, berikan pada pegawai untuk proses pengeluaran tadi.

2. Bulanan yang boleh dikeluarkan maksimum ialah mengikut yang tertera pada LO pembiayaan rumah. Memandangkan baki akaun 2 kita takla banyak mana, keluarkan RM550 sahaja setiap bulan.

3. Duit bulanan akan ditransfer ke akaun simpanan setiap bulan. Keluarkan untuk 12 bulan amount RM550 sebulan. Setiap kali masuk EPF akan hantar mesej kepada anda.

4. Mohon ASB financing 100k tanpa takaful 30 tahun. RM550 sebulan. Guna duit EPF yang masuk dalam saving tadi bayar instalment setiap bulan.

5. Dapat dividen lepas setahun, gunakan semula untuk bayar instalment tahun berikutnya.

*contoh: Buat selama 5 tahun, dan terminate, hasil tunai di tangan ialah RM15,250

6. Secara purata, setiap negatif RM200 cash flow rumah sewa tadi, anda peroleh pulangan dari ASB 

*RM15,250/60 = RM254.
*RM800 + RM250 = >RM1000. Positif RM50. Okla

p/s : Kaedah ni sebenarnya nak bantu penyewa, kalau ada yang sewa berlebihan, share idea ni dengan owner untuk tambah pulangan pelaburan tanpa bebankan penyewa. Nak amalkan boleh, tak logik tinggalkan. Gua hanya berkongsi demi potensi kewangan bersama.

- Siakap Keli

BACA: Mempunyai Rumah, Tetapi Sukar Untuk Mencari Penyewa, Ikuti 7 Tip Ini, Anda Mungkin Menemui Penyewa Yang Sesuai
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "