Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pendaki Mercu Tanda 'IPOH' Sudah Serah Diri Kepada Polis

2 Jan 2017
No Comment

Berikutan aksi mereka yang menjadi viral dan mendapat perhatian pihak berkuasa, pendaki yang memanjat mercu tanda 'IPOH' di Jalan Kuala Kangsar telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis pagi ini, lapor Harian Metro.

Kesemua lapan individu berkenaan dikatakan tampil selepas pihak polis semalam yang meminta mereka tampil ke balai polis untuk tujuan siasatan berikutan aksi merbahaya mereka itu.

Menurut sumber kumpulan berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini lapan individu yang tampil," katanya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung kejadian berkenaan.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "