Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Teruskan Sampai Berkali-Kali Bila Transaksi 'Error' Waktu Beli Barang Guna Kad Debit

2 Jan 2017
No Comment

Mungkin ada yang pernah terjadi apabila berurusan menggunakan peralatan elektronik ini, contohnya pembayaran menggunakan transaksi atas talian.

Ada yang penah keluarkan duit di mesin ATM, transaksi berjaya tetapi duit tidak keluar, malahan dipotong bila diperiksa semula, namun janganlah tertali risau, kerana jika berlaku kejadian sedemikian anda boleh menghubungi pihak bank yang terlibat untuk mendapatkan wang anda semula.

Keadaan sama terjadi kepada seorang pelanggn di sebuah farmasi di mana kisah ini diceritakan oleh seorang ahli farmasi bernama RPh Hendrawati Mohd Sapuan di mana sepasang suami isteri telah 'kehilangan' lebih RM900 selepas kadanya digunakan berkali-kali selepas transaksi sebelum itu tidak berjaya.

Jom kita baca.



Transaction status: ERROR

Malam tadi ada customer buat pembelian di farmasi menggunakan Debit kad.
Cubaan pertama, ERROR

Cubaan kedua, ERROR

Lalu staff beritahu, tak boleh buat transaksi.

Customer cakap, cuba try lagi. Sebab dia baru guna di ECONSAVE, boleh guna.

Staff pun cuba lagi. Tetap ERROR. Customer minta try lagi sehingga 5 kali. Kali ke enam, staff menolak untuk cuba dengan kad yang sama.

Customer check akaun cimb beliau. Dilihatnya, duit dari akaun beliau telah ditolak sebanyak rm900++.

Maka, customer meminta supaya staff kami memulangkan semula duit beliau. Staff mengambil langkah bijak untuk bertanya kepada boss dulu.

Bila buat settlement pada terminal, tiada rekod untuk transaksi tadi. Maka mengamuklah customer tersebut suami isteri. Bertegas agar kami memulangkan semula duit mereka.

Keadaan agak tegang. Dah lah, ramai pula customer waktu itu. Kami minta customer tersebut duduk untuk settlekan masalah ini.

Cut story short, lepas panggilan dibuat ke pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya customer akur. Duit tersebut memang telah keluar dari akaun beliau, tapi tidak masuk ke akaun kami. 

Duit tersebut terapung/float. Pihak bank kata akan refund semula dalam masa 15 hari.

Kesian customer tersebut, duit tu nak.pakai untuk anak2 masuk sekolah katanya. Kami pun xdapat nak buat apa2. Transaksi sebelum ni dengan customer lain, tiada masalah pun. Tapi kami berikan janji kami, jika duit tersebut masuk ke akaun kami, kami akan refund kepada beliau secepat mungkin.

Moral of the story, jika anda menggunakan kad debit dimana2 dan transaksi error, sila check baki akaun anda. Jika ada penolakan, jangan try lagi. ERROR x bermaksud transaksi tersebut tidak berjaya tau. 

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "