Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Aksi Panjat IPOH, Viral Pula Aksi Remaja Panjat Kren Tinggi, Laporan Polis Sudah Dibuat

2 Jan 2017

Ipoh, 2 Jan - Selepas viral kes sekumpulan remaja memanjat papan tanda 'IPOH' di sini, satu lagi aksi berbahaya yang memaparkan seorang lelaki memanjat struktur tinggi di bandar raya ini menjadi viral.

Aksi terbabit melihat remaja berkenaan memanjat sebelum mengambil foto selfie di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini.

Menurut laporan Utusan Online, rakaman video aksi itu dimuat naik di Youtube dan sudah mencacat lebih 7,000 tontonan pada tengah hari tadi.

Tambah laporan itu lagi, mereka difahamkan syarikat pemaju bangunan dalam pembinaan itu sudah pun membuat laporan polis mengenai tindakan remaja itu di Balai Polis Sungai Senam pagi tadi.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Bernama.

"Sebuah syarikat swasta buat laporan polis terhadap seorang remaja lelaki lakukan aksi berani panjat kren di tapak projek pembinaan di Ipoh", tulis Bernama dalam satu tweet.

Sumber: Utusan OnlineBernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "