Wan Maimunah Akui Sudah Bercerai Dengan Suaminya
Aktres yang popular dengan watak air mata, Wan Maimunah mengesahkan sudahpun bercerai dengan suaminya, Makpol Saimon.
Ujarnya kedua-dua mereka sudah tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri sejak April lalu.
Bagaimanapun Wan Maimunah enggan bercerita lebih lanjut punca di sebalik perpisahannya dengan pengusaha makanan tradisi kacang pool di Johor itu.
Wan Maimunah dan Makpol berkahwin pada 14 Disember 2013 di Johor Bahru. -Siakapkeli.my