Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kerajaan Myanmar Bina Pagar Kawat Besi Sepanjang 250 km, Halang Pelarian Rohingya Daripada Pulang

21 Mac 2018

21 Mac - Kerajaan Myanmar memperketatkan kawalan sempadannya dengan memasang pagar, menempatkan tentera dan memasang periuk api bagi menghalang pelarian Rohingya pulang ke negara itu.

Pagar kawat berduri itu yang ditanam dalam konkrit diselang seli dengan kubu dan pos tentera, kini sepanjang lebih 250 kilometer sepanjang sempadan dengan Bangladesh.

Menurut laporan Wall Street Journal, seorang profesor di Kolej Perang Kebangsaan di Washington, Zachary Abuza, berkata: “Mereka berasa sudah berjaya menghalau sejumlah besar Rohingya dan kini mahu menjadikan kepulangan etnik berkenaan amat sukar.”

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi, menyatakan pelarian Rohingya dibenar pulang jika dapat membuktikan mereka berasal dari negara itu. Namun, ia menolak ratusan daripada 8,000 pemohon.

Di perkampungan Rohingya di Rakhine yang sebahagian besarnya sudah musnah, kerajaan Myanmar menyatakan ia sedang membina penempatan baru untuk Rohingya, namun agensi kemanusiaan menyatakan ia adalah kemudahan tentera.

Februari lalu, Parlimen Myanmar meluluskan AS$15 juta (RM59 juta) bagi membina pagar di sempadan. Setakat ini, sekurang-kurangnya dua Rohingya kehilangan kaki akibat terkena periuk api.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "