Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tular Bawa Anak Buat Aktiviti 'Rope Swing', Pihak Operator Diarah Hentikan Perkhidmatan Serta-Merta

21 Mac 2018

21 Mac - Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang bapa bersama anak lelakinya yang melakukan aktiviti ekstrem Rope Swing yang disediakan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Perkhidmatan aktiviti itu terpaksa dihentikan sementara waktu setelah video itu tular di media sosial selepas dimuat naik.

Ketua Pembangunan Masyarakat di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Nurulhuda Ahmad Khairuddin berkata, pihaknya terpaksa meminta operator sukan lasak tersebut menghentikan aktiviti tali hayun itu sehingga mendapat kelulusan rasmi semua agensi berkaitan.

"Bukan aktiviti itu tidak boleh dijalankan, cuma perlu dapat kelulusan daripada semua agensi yang terlibat bagi memastikan ia betul-betul selamat untuk orang awam.

"Pihak kami telah selesai mengatur perjumpaan antara syarikat tersebut dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) dan sedang dalam proses mengumpul segala dokumen yang berkaitan untuk kelulusan aktiviti itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Tambah Nurulhuda, isu mengenai kelulusan sukan lasak ini juga akan dibawa untuk perhatian pentadbiran di peringkat negeri pada April.

"Pihak kami prihatin dengan faktor keselamatan dan memastikan setiap penerjun mengambil insurans yang disediakan pihak operator."

Laman Facebook Siakap Keli turut memuat naik video terbabit dan telah mendapat lebih 10 ribu perkongsian di media sosial.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "