27 Apr - Kini, sedang heboh dibicarakan di media sosial tentang satu keratan gambar yang memaparkan beberapa perkataan iaitu "Gabi", "Kudapan", "Cicipan" dan "Merarau", yang dipercayai orang ramai bakal menggantikan beberapa perkataan dalam bahasa melayu.
Keratan gambar itu tersebar di media sosial Twitter dan Facebook.
Perkataan-perkataan 'baharu' itu mendapat pelbagai respon, termasuk respon melucukan dari orang ramai.
Balik nanti hang nak merarau dak kat DM?— SBP Gags (@SBPGags) April 27, 2016
Merarau apa pulak kau merepek ni?
Lunch lah lembab!
New words from DBP 😁 pic.twitter.com/eCSihe8EEZ
Oh, DBP. "Mari kita pergi bergabi?" pic.twitter.com/W5KsbRTfAz— Erna Mahyuni (@ernamh) April 27, 2016
DBP tu badan yg bagi panduan penggunaan BM yg betul. xda DBP, ke laut satgi BM formal org Malaysia. https://t.co/myWPEYAvwB— AKMAL (@AkmaLIdrus) April 27, 2016
Laman Facebook The Patriots pula mengatakan antara perkataan baru itu diambil dari bahasa Iban.DBP tutup jahanam bahasa Melayu. Nak harapkan kau jaga BM? Harapannn— Pikiyi (@fikri_ismail93) April 27, 2016
"DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain", tulis akaun tersebut.
Setelah diteliti di laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), beberapa perkataan yang tersebar sebenarnya sudah berada dalam pangkalan data DBP.#TIL merarau itu bahasa Iban. "DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain"— shuji (@shujiokishima) April 27, 2016
Apa pun, jika benar perkataan-perkataan ini akan digunakan, sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak bertanggungjawab untuk memperkayakan bahasa kita.
Jom Cicipan semua!!. - Siakapkeli.my