Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Didakwa Di Mahkamah Selepas Disaman Kerana Memandu Sambil 'Berdiri'

28 Jan 2017
No Comment

London: Hanya kerana terlalu tinggi seorang lelaki telah didakwa di mahkamah atas tuduhan memandu sambil berdiri sedangkan dia sebenarnya sedang duduk.

Kerana terlalu tinggi, walaupun duduk, ketinggiannya yang hampir dua meter menyebabkan kepalanya melebihi cermin depan kereta boleh buka bumbung yang dipandunya.

Menurut The Telegraph, Adam Elliott, 26, telah disaman oleh pihak polis pada Januari tahun lalu, ketika memandu kereta Ford Ka di Gateshead, dalam perjalanan menghantar kereta berkenaan kepada pelanggan.



beliau yang mempunyai memiliki ketinggian 1.99 meter itu didakwa memandu sambil berdiri dan ‘menunjuk-nunjuk’ kepada pengguna jalan raya.

Bercakap selepas sebutan kesnya di mahkamah di Newcastle hari ini, Elliott berkata, ia adalah salah faham, berpunca daripada ketinggiannya.

“Kereta ini terlalu kecil untuk saya. Saya tidak berdiri, saya hanya terlalu tinggi.

“Saya mengaku salah kerana dinasihatkan berbuat demikian peguam supaya mengaku salah bagi menjimatkan masa dan tidak memanjangkan kes itu," jelasnya.

Hakim Robert Adams yang menangguhkan kes berkenaan untuk menjatuhkan hukuman bulan depan.

“Jelas kamu menunjuk-nunjuk, mempamerkan ketinggian kepada orang ramai dalam kereta kecil yang terbuka.

“Kamu mengganggu tumpuan pemandu lain. Ia perbuatan bahaya," kata hakim.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "