Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingin Tampak Lebih Bergaya Juga Kelihatan Segak, 7 Jenis Kasut Oxford Ini Perlu Ada Dalam Rak Kasut Anda

18 Dis 2016
No Comment

Penjagaan imej amat penting buat kita pada masa kini, ia memberikan aura yang baru buat diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Tambahan pula, dengan bertemu seseorang dalam keadaan yang kemas, anda akan mudah disenangi dan orang lain juga tidak keberetan untuk berinteraksi bersama anda.

Imej bukan sahaja menampakkan kita seorang yang profesioanl atau berintegriti, tetapi lebih kepada memberitahu kepada masyarakat akan siapa diri anda yang sebenarnya. Dengan gaya yang sempurna, dari atas hingga ke bawah, orang akan lebih berkeyakinan untuk berbicara dengan anda.

Dari segi pemilihan sepatu pula, anda harus bijak dalam menggandingkan kasut, juga pakaian anda dan majlis yang anda harus hadiri. Jika sebelum ini, admin ada kongsikan 5 jenis kasut untuk lelaki, kali ini, admin akan fokuskan pula pada satu daripada lima jenis kasut tersebut, iaitu Oxford.

BACA: 5 Jenis Kasut Bagi Lelaki Ini, Akan Membuatkan Sang Jejaka Kelihatan Lebih Maskulin Dan Budiman

Berdasarkan perkongsian dari perunding imej, saudari Zalea Yusoff, jom kita lihat secara lebih terperinci akan kasut Oxford, dan jenis-jenis yang ada.

Ini antara perkongsian tentang pelbagai jenis KASUT OXFORD lelaki budiman perlu ketahui.


Jenis Kasut Oxford

Kasut Oxford tidak semestinya Brogue walaupun ianya hampir sama dan Brogue tidak semestinya Oxford walaupun sesetengahnya juga hampir sama. Ia adalah kasut yang bersistem tali tertutup. Ketiadaan atau kewujudan broguing yang membezakannya.

Orang Amerika memanggilnya Balmorals atau 'jenis Bal-' manakala orang Inggeris mengenalinya sebagai Oxford.

Balmoral merupakan kasut yang sama sekali berbeza (Oxford tanpa jahitan, selain daripada jahitan toe cap, turun ke welt). Dalam panduan ini, kita menggelarkan Oxford, mengikut panggilan tradisional orang Inggeris.

Secara teknikal pembuatan kasut tidak memberi kesan kepada klasifikasi sebagai kasut Oxford. Namun Goodyear welted atau kasut Blake yang dijahit, disyorkan kerana ia mempunyai gaya dan ciri kasut Oxford paling klasik.


1. Plain Oxford

Kasut Plain Oxford pada dasarnya terdiri daripada quarter dan vamp. Ia memiliki kulit penutup pada bahagian atas kasut atau tiada broguing. Gaya ini ringkas dan elegan; hitam sering menjadi pilihan nombor utama untuk kasut kulit bagi acara makan malam black tie atau white tie.

Jika ingin memakai Oxford bersama tuksedo untuk acara malam, perlu memilih kasut Oxford bertali sesuai dan sempurna. Pada asasnya, tali kasut ini lebih lebar daripada tali kasut biasa. Ia menyerupai bow dan menggambarkan acara makan malam itu kelak.

Ketika zaman kegemilangan klasik, ia amat popular, tetapi hari ini ia semakin pupus. Ini antara sebab wujudnya rangkaian tali kasut kasual dan lebih santai.

Ada segelintir lelaki budiman memakai kasut pump, tetapi kebanyakannya memakai kasut bertali. Sesetengah daripada mereka juga memilih kasut kulit kalis air yang lebih tradisional. Walaupun dalam teori pembuatan kasut, ia boleh dibuat berwarna coklat, namun warna hitam tetap menjadi pilihan dipakai untuk acara rasmi.


2. Cap Toe Oxford

Kasut cap toe Oxford juga dipanggil captoe atau cap-toe, ini kerana kewujudan gaya kasut Oxford yang meluas.

Warna paling popular sudah pasti hitam. Kebanyakan pengeluar kasut lelaki klasik menghasilkan kasut cap toe Oxford hitam.

Kasut ini juga boleh didapati di dalam pelbagai warna seperti; tan, coklat, cognac, oxblood dan lain-lain. Namun pelbagai tona warna hitam adalah lambang kepada kasut Oxford.

Kasut cap toe Oxford hitam ialah kasut klasik yang dipakai oleh lelaki elegan yang berpakaian sut lengkap dan sempurna.

Sekiranya seorang lelaki budiman tiada sepasang kasut plain Oxford untuk dikenakan dengan tuksedo bagi menghadiri majlis makan malam ‘black tie’, menyarung sepasang kasut cap toe Oxford hitam sudah memadai.

Walau bagaimanapun, ia tidak cukup formal namun masih boleh diterima. Namun ditegaskan cap toe Oxford tidak sesuai langsung disarungkan untuk menghadiri majlis makan malam ‘white tie’.

Pelbagai jenis kasut lelaki untuk pelbagai acara sebenarnya perlu diketahui. Selepas ini ramai lelaki budiman membeli belah kasut nampaknya. Cewah!


3. Kasut Wingtip Oxford atau Brogue

Kasut Wingtip Oxford direka dengan hujung kasut yang menirus/tajam. terdapat pula sambungan pada bahagian kedua belah kasut yang dipanggil wingtip.

Secara teknikalnya, kasut Oxford sebegini dirujuk sebagai Brogue. Apabila dilihat dari jarak atas, ia berbentuk seperti 'W' atau 'M', bergantung kepada sudut pandangan. Gaya ini dianggap sedikit kasual daripada kasut Toe Cap Oxford.


4. Saddle Oxford

Kasut Sadle oxford tiada sambungan kulit pada penghujung kasut. Ia mempunyai jalur tambahan daripada kulit yang disambung pada seluruh bahagian atas tengah kasut sehingga ke tapak kaki kasut (selebar lelubang tali kasut) dengan warna yang berbeza.

Sadle oxford yang mempunyai penutup tumit yang sama mahupun berbeza warna. Ia merupakan gaya yang dibawa oleh orang Amerika. Namun boleh ditemui di pelbagai kedai kasut di seluruh dunia.


5. Kiltie Oxford

Kasut Kiltie oxford mudah dibezakan daripada jenis kasut oxford yang lain. Ia dibezakan dengan tambahan lidah kulit tambahan yang tergantung di atas bahagian kasut.

Kasut gaya sebegini bukan sesuatu yang baru lagi. Ia telah lama digayakan.

Lelaki budiman yang berpersonaliti romantik akan gemarkan gaya sebegini ketika ke acara santai.


6. Kasut Wholecut Oxford

Kasut potongan ini bahagian atasnya dipotong daripada sekeping kulit. Biasanya, kasut diperbuat daripada pelbagai keping kulit yang cantum dan dijahit bersama-sama.

Bagi kasut Wholecut oxford ini, ia mempunyai sistem bertali tertutup yang tersendiri. Ia diperbuat sekeping kulit dan ini memberikan pandangan yang sangat bersih dan elegan. Ia juga memerlukan kepingan kulit yang lebih besar untuk membuat Wholecut kerana ia biasanya hanya mempunyai satu jahitan di bahagian tumit kasut.

Sejak kebelakangan ini, gaya kasut sebegini telah menjadi semakin popular. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan biasanya sedikit mahal daripada kasut Cap Toe Oxford dan Plain Oxford kerana pembuatannya yang memerlukan lebih kemahiran dan kulit yang lebih besar digunakan.

Semua kasut kulit hitam dan berkilat Wholecut oxford disarungkan untuk acara majlis makan malam black tie. Ia kasut yang perlu dimiliki oleh semua lelaki budiman ketika menghadiri acara sebegini dengan sut hitam yang kemas dan sempurna.


7. Kasut Seamless Oxford

Ini kasut terakhir di dalam kategori kasut Oxford. Kasut ini serupa dengan kasut Wholecut oxford. Dalam erti kata lain, ia dibuat daripada satu bahagian kulit juga.

Walaupun kasut Wholecut oxford mempunyai jahitan pada bahagian tumit kasut, kasut Seamless oxford ini tidak mempunyai jahitan. Ia menjadikannya lebih sukar untuk dihasilkan. Selain itu, ia memerlukan lebih kulit daripada potongan keseluruhan dan ia mengambil masa purata kira-kira dua kali ganda daripada menghasilkan kasut Oxford biasa.

Oleh itu, ia biasanya ianya hanya dibuat apabila dipesan dan pembuat kasut bersedia menerima tempahan. Adakalanya, panggilan kasut Wholecut sering digunakan seiring dengan Seamless kerana istilah ini lebih popular, namun secara teknikalnya ia tidak betul sama sekali.

Hebatkan kasut lelaki budiman, pelbagai jenis rupanya. Lelaki yang berketerampilan menarik dan senantiasa mengikuti TOPP pasti memiliki semua jenis kasut ini saya kira!

Suka dengan info ini? Kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain agar mampu tampil elegan di acara yang dihadiri kelak.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "