Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jarakkan 10 CM Peti Ais Dari Dinding'' Antara 20 Tips Anda Boleh Ikut Jika Mahu Jimatkan Bil Elektrik Anda Secara Sah

10 Apr 2018

Semalam kami ada kongsikan dengan pembaca kami mengenai satu kisah yang menimpa sebuah keluarga apabila terpaksa menjelaskan saman yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal bekalan tenaga eletrik kerana di dakwa telah menggunakan alat penjimat tenaga elektrik yang tidak diiktiraf oleh pihaknya.

Melalui perkongsian itu, keluarga tersebut mengakui kesilapan mereka dan mendedahkan terpaksa membayar jumlah saman bernilai hampir RM 9000.

Jadi, betul ke kita tidak boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk menjimatkan elektrik? Kenapa pihak pembekal nak keluarkan saman kalau apa yang kita buat cuma untuk kurangkan penggunaan tenaga elektrik kan.

Sebenarnya, pihak pembekal tiada masalah jika tindakan penjimatan elektrik anda tidak mengganggu bacaan pada meter atau anda menggunakan alatan canggih yang sememangnya diciptakan untuk menjimatkan elektrik. Malah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku pembekal utama tenaga elektrik turut berkongsi 20 tips yang anda boleh amalkan agar bil elektrik anda berkurang.

1. Basuh Baju Dalam Jumlah Yang Banyak.

Ya, anda sebenarnya dapat menjimatkan tenaga elektrik jika anda mengumpulkan semua baju kotor di rumah anda dan dibasuh dalam sekali gus berbanding membasuh secara berasingan. Malah pihak TNB juga memberitahu bahawa mesin basuh adalah alatan elektrik yang banyak menggunakan tenaga.


2. Cuci Penapis Pendingin Udara.

Jika anda mempunyai pendingin udara di rumah, anda perlu meluangkan masa untuk mencuci penapis pada pendingin udara anda secara kerap kerana ia penting untuk penggunaan elektrik yang lebih efisien. Malah pendingin udara yang lebih efisien mengalirkan udara yang lebih sejuk.


3. Tutup Semua Pintu Dan Tingkap Bila Hidupkan Pendingin Udara.

Anda pun sedia maklum kan bila anda hidupkan semua pendingin udara, anda hendaklah memastikan semua pintu dan tingkap di rumah anda ditutup rapat terlebih dahulu. Ini bagi memastikan agar ruang rumah anda menjadi sejuk lebih cepat dan menggunakan sedikit tenaga.


4. Guna Lampu Jimat Tenaga.

Kini, pasaran menawarkan banyak pilihan lampu yang mempunyai pelnagai bentuk yang cantik-cantik. Namun jika anda seorang pengguna yang bijak, kami pasti anda akan memilih lampu yang menjimatkan tenaga berbanding perkara-perkara yang lain terlebih dahulu kan. Selain menggunakan tenaga elektrik yang kurang, lampu jimat tenaga juga boleh bertahan untuk tempoh masa lebih lama.


5. Gosok Baju Dalam Jumlah Pukal

Menggosok baju dalam jumlah yang banyak sekali gus sebenarnya lebih menjimatkan elektrik dan masa berbanding menggosok baju dalam jumlah sedikit secara berasingan.


6. Isi Cerek Elektrik Air Sampai Penuh

Adalah lebih bijak untuk anda jika anda mengisi penuh cerek elektrik anda sebelum dipanaskan dan kemudian menyimpan baki air yang tidak digunakan di dalam flask. Jadi, jika anda ingin menggunakan air panas, anda tidak perlu memanaskan air yang lain pula.


7. Guna Alat Elektrik Dengan Penarafan Lima Bintang.

Untuk menjimatkan elektrik, mulai hari ini anda bolehlah memilih peralatan elektrik dengan penarafan lima bintang kerana ia adalah peralatan yang menjimatkan penggunaan elektrik.


8. Jauhkan Peti Ais Anda Daripada Dinding.

Berikan ruang untuk peti ais anda bernafas. TNB menasihatkan anda untuk menjarakkan peti ais anda sekurangnya 10 cm daripada dinding. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengelak daripada meletakkan peti ais di kawasan yang panas. Jadi, meletakkan peti ais anda di tempat yang sesuai dapat mejimatkan tenaga elektrik sebenarnya.


9. Tutup Komputer Anda Jika Tidak Digunakan

Memang jadi kebiasaannya untuk anda meletakkan komputer anda dalam mod sedia setiap kali anda tidak menggunakan laptop anda kan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, setiap kali anda membiarkan komputer anda, ia sebenarnya masih menggunakan tenaga elektrik. Jadi anda hendaklah mematikan komputer anda setiap kali tidak digunakan berbanding meninggalkannya dalam mod sedia.


10. Gunakan Lampu Luar Rumah Yang Dilengkapi Pemasa.

Berbanding membiarkan lampu luar rumah anda hidup sepanjang masa, lebih baik anda menggunakan lampu yang dilengkapi pemasa supaya ia hanya hidup dalam masa-masa yang ditetapkan sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika anda terlupa untuk menghidup atau mematikan lampu tersebut.


11. Guna Lampu Fluoresen T5

Jika tadi kami kongsikan tips menggunakan lampu jimat tenaga, kali ini TNB juga turut menyarankan anda memilih lampu Fluoresen T5 kerana ia menawarkan pengcahayaan yang lebih dan mengurangkan penggunaan elektrik.


12. Tetapkan Pendingin Udara Anda Dengan Suhu Antara 23C-25C

Tidak dinafikan bahawa pendingin udara menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak. Jadi TNB menyarankan anda menetapkan suhu pendingin udara anda sekitar 23C hingga 25C sahaja kerana ia sudah mencukupi untuk menyejukkan udara malah ia menggunakan tenaga elektrik yang sedikit sahaja.


13. Tetapkan Pemasa Pada Pendingin Udara.

Memang seronok jika dapat tidur dalam suasana yang sejuk dan nyaman dengan menghidupkan pendingin udara kan, tapi tahukan anda tidak ada keperluan untuk membiarkan pendingin udara hidup sepanjang masa. Jadi apa kata anda tetapkan pemasa supaya ia boleh akan mati sendiri seteleh beberapa jam anda tidur. Ia lebih jimat.


14. Guna Lampu Yang Mempunyai Penderia

Berbanding membiarkan lampu anda hidup sepanjang masa, apa kata anda gunakan lampu yang mempunyai penderia dan hidup apabila mengesan pergerakkan sahaja.


15. Guna Water Pump Jimat Tenaga.

Jika anda mempunyai akuarium atau kolam hiasan, water pump yang digunakan untuk memastikan aliran air hidup sebenarnya menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi anda disarankan menggunakan produk water pump yang menjimatkan elektrik.


16. Susun Bahan Yang Disimpan Di Dalam Peti Ais.

Bebanding menyumbat peti ais hingga padat, anda hendaklah menyusung barang-barang tersebut terlebih dahulu supaya peti ais anda mempunyai ruang-ruang yang terbuka untuk memastikan aliran udara dapat bergerak. Jadi, pengaliran udara yang baik di dalam peti ais sebenarnya dapat menjimatkan tenaga lektrik.


17. Pastikan Cerek Elektrik Anda Bersih.

Kerak-kerak yang wujud di bahagian dalam cerek elektrik sebenarnya melambatkan air daripada panas, sekaligus mengambil masa yang lama dan tenaga elektrik yang lebih untuk memanaskan air berbanding penggunaan biasa. Jadi, jangan malas cuci cerek elektrik anda.


18. Guna Pemanas Air Segera

Berbanding menggunakan pemanas air jenis tangki, apa kata anda beralih kepada pemanas air segera kerana ia hanya memanaskan air untuk anda bila anda gunakannya ia sahaja. Jadi, air tidak dipanaskan sepanjang masa dan elektrik dapat dijimatkan.


19. Basuh Baju Dengan Cucian Sejuk.

Jika anda memilih untuk membasuh baju dengan tetapan cucian panas pada mesin basuh anda, ia sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Jadi, jika anda boleh menggunakan tetapan cucian sejuk, ia dapat menjimatkan tenaga elektrik.


20. Pasang Pendingin Udara Yang Sesuai Dengan Saiz Ruang Rumah Anda.

Anda hendaklah memilih pendingin udara yang sesuai dengan saiz ruang di rumah anda kerana saiz amat penting supaya ia dapat berfungsi dengan efisien dan menjimatkan tenaga.


BACA : "Ini Kesilapan Kami Dan Kami Tanggung Kesilapan Ini," Guna Alat Penjimat Elektrik, Keluarga Ini Terpaksa Tanggung Akibatnya

Sumber : Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini
    BBM 7ACD8560, Line Updatebetting, Whatsapp +855 979 542 957

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "