Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tengahari Abang Tak Makan Kat Pejabat Ke? Saya Penat", Isteri Sebak Bila Tahu Mengapa Suaminya Minta Dimasakkan Setiap Hari

9 Apr 2018
2 ulasan

Alam perkahwinan bukanlah selalunya indah.  Pasti ada harinya muram dan banyak yang perlu dikorbankan bagi menikmati makna sebenar sebuah perhubungan itu.

Kahwin muda atau atau tua sama saja, yang penting kematangan serta toleransi kedua-dua pasangan dalam menempuh pelbagai dugaan yang datang.  

Mungkin bunyinya tampak mudah, namun hakikat yang merasai yang mengetahui segalanya.  Perkongsian daripada Auzlien Sham merungkai perasaan hati seorang isteri serta pendamnya hati seorang suami dalam mengharmonikan rumah tangga mereka.

Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak...

Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...



''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...

''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.

''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Image via Tiffinbiru.blogspot

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In sya Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...



Untuk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

Wallahu A'lam..

LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari
umur yang sangat muda.

Dia membelanjakan
semua duit,
untuk beli HADIAH,
untuk yang dia CINTA,
hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..

Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk seorang WANITA....
Dia KORBANKAN masa
mudanya demi isteri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.

Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
dengan hutang
dan membayar hutang
sampai stress..

Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi Isteri dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk
MENGALAH demi
KEBAHAGIAAN orang lain

Kalau dia keluar rumah,kata org dia MERAYAU...

Kalau dia tinggal dirumah,kata org dia MALAS....

Kalau dia marahi anak2,kata org dia GALAK...

Kalau dia tak marah, kata Org dia laki-laki yang TAK TEGAS...

Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia Seorang yang MENGONGKONG...

kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri.

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI

Kalau dia dengar kata isteri,kata org dia GTBI
(Geng Takut Bini)

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG...

Kalau tak mahu tolong
wanita lain, katanya KEJAM..

Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,dia tetap TEGAR.... KUAT

Dialah LAKI-LAKI....

HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah tahu apa PENGORBANAN yang
sudah dilakukan buat Anda.

Boleh dikirim ke semua LAKI-LAKI supaya mereka TERSENYUM dan kepada semua wanita supaya mereka SEDAR bahawa
LAKI-LAKI itu amat BERHARGA.... walau seburuk apapun suami mu

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini
    BBM 7ACD8560, Line Updatebetting, Whatsapp +855 979 542 957

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "