Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Serah Rotan Kepada Pihak Sekolah Sebagai Amanah Untuk 'Didik' Anaknya

28 Jan 2017
No Comment

MELAKA: seorang bapa telah menyerahkan sebatang rotan kepada pengetua Sekolah Menengah (SM) Teknik Bukit Piatu sebagai simbolik memberi amanah kepada pihak sekolah agar mendidik anaknya, lapor Sinar Harian.

Zulkafly Ahmad, 43, dari Kampung Pasir Puteh, Bachang, berbuat demikian bagi memberi kebebasan kepada pihak sekolah menghukum anaknya jika melanggar peraturan sekolah atau tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

“Saya dan isteri sudah amanahkan kepada pengetua supaya merotan anak saya sekiranya dia melanggar peraturan dan tidak menumpukan perhatian dalam kelas. 

“Saya rela anak saya dirotan sekiranya dia berbuat salah supaya dia dapat terus kekalkan kecemerlangan. 

“Itu juga sebagai tanda peringatan kepada anak saya supaya terus kekalkan disiplin yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan,” kata bapa kepada Al Khawarizmi Zulkafly Ahmad, 16.

Al Khawarizmi  merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu dan mendaftar masuk tingkatan empat di SM Teknik Bukit Piatu dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Pengetua sekolah, Karim Tumin berkata, beliau begitu terharu dengan amanah diberikan bapa berkenaan di mana beliau menyifatkan Zulkafly jelas memandang tinggi tugas seorang guru meskipun kebelakangan ini ramai ibu bapa bersikap prejudis terhadap tenaga pengajar di sekolah.

“Masih ramai melihat guru sebagai insan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan pelajar menjadi seorang murid cemerlang  dan membantu mengurangkan masalah disiplin bagi membentuk sahsiah diri yang baik. 

“Bagaimanapun, tidak ada guru dengan sengaja mahu menghukum anak-anak murid tanpa sebab. Semua tindakan pasti ada alasan. Lagipun, murid-murid hari ini tidak sama dengan murid-murid zaman dahulu," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "