Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ini Kongsi Tips Terapi Untuk Diri, Khusus Buat Mereka Yang Menjadi Penjaga Pesakit, Untuk Elak Dari Menjadi Stress

28 Jan 2017
No Comment

Apabila mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat, atau sakit, dan memerlukan penjagaan yang rapi, kita sudah pasti akan memberikan 100% tumpuan dalam menjaga mereka. Ini kerana, tanpa bantuan kita, pesakit tersebut mungkin sukar untuk melakukan sesuatu.

Dari memberi makan, membersihakn tempat tidur, memandikan, menukar pakaian, dan banyak lagi tugas yang perlu dilakukan oleh kita sebagai penjaga, sedikit sebanyak pasti membuatkan diri terasa penat, dan tertekan kerana keletihan dan terpaksa mengorbankan waktu untuk diri sendiri.

Oleh itu, dalam memastikan diri sentiasa ceria, dan tidak tertekan, Puan Raudzah Arippin kongsikan, beberapa terapi diri yang boleh dilakukan buat mereka yang menjadi penjaga. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


TERAPI UNTUK PENJAGA PESAKIT 

Saya tahu, ramai penjaga pesakit yang stress kerana sibuk menjaga pesakit sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Saya faham kerana saya pun begitu dulu.

Penjaga pesakit, tugas mereka tidak ada awal dan akhir. Tugas ini berterusan 24 jam.

Pagi pula bukan bermula jam 6 pagi. Ada yang sepanjang malam, mungkin berjaga 3-4 kali. Menukar pampers, sedut kahak, cuci berak, pusingkan pesakit, mandikan, buatkan regangan otot, dressing trachy atau luka tekanan, suapkan makan, berikan susu melalui tiub, beri ubat mengikut jadual, dan lain-lain.

Yang masih bekerja, mungkin ada masa berjumpa kawan-kawan sekerja, keluar makan tengahari.

Tetapi yang sepenuh masa di rumah, kehidupan memang hanya berkisar di katil pesakit.

Apa yang anda fikir? Penat? Ya, memang penat. Penjaga pesakit bukan robot.

Oleh itu tidak hairan, memang ada penjaga pesakit yang jadi 'sakit mental', lagi-lagi menjaga pesakit yang emosi tidak menentu.

Saya membuat keputusan awal untuk keluar dari stress yang begitu.

Apa yang saya buat?

Saya cari terapi untuk diri sendiri. Saya fikir balik apa yang saya perlu buat supaya saya tidak terlalu rasa 'terperangkap' dengan stress begitu. Saya katakan pada diri saya, saya kena buat apa yang saya suka.


1. Saya suka menulis. Jadi saya kerapkan menulis.


2. Saya suka baca buku. Saya cuba beli buku setiap bulan dan kadangkala saya ulang baca buku yang sudah ada. Kadang kadang beli buku banyak tapi tak baca. Haha. Tengok saja buku banyak banyak pun terapi tau. Rasa best je. Haha.

3. Jika sempat, saya pergi sarapan seorang diri. Entah kenapa, bila duduk minum seorang tenang-tenang waktu pagi, fikiran saya lapang dan hari saya mula dengan lapang juga. Saya suka begitu.

4. Saya perlu berkomunikasi dengan rakan-rakan penjaga pesakit yang lain. Kerana itu saya tubuhkan group Whatsapp Info Strok & Lumpuh supaya semua caregivers dapat sama berkongsi pengalaman dan panduan. Ia terapi yang sangat baik apabila dapat berkongsi dengan yang lain.

5. Saya suka majlis ilmu. Jadi saya usahakan hadir mana yang sesuai dengan jadual saya. (Sejak suami saya sakit inilah rasanya paling banyak saya dapat hadir kelas kelas penulisan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah.)

Ini terapi saya.

Kawan-kawan penjaga pesakit lain, saya sarankan yang sama. Carilah terapi untuk diri masing-masing.


Kalau dahulu selalu ke spa, cubalah cari masa lakukan aktiviti yang sama. Yang gemar menjahit, teruskan menjahit. Suka memasak, memasaklah. Mungkin boleh jemput keluarga atau kawan-kawan datang menjamu selera, jadi teman bersembang. Ada yang suka ke kelas agama, cubalah dapatkan kelas yang sesuai dengan jadual. Suka bisnes? Mungkin boleh teruskan kecil kecilan.

Jika kita ada emak yang jaga ayah sakit contohnya, dalam seminggu ambillah tempat emak. Anak yang lain boleh bergilir bawa emak jalan-jalan, ke shopping mall contohnya. Belikan tudung atau telekung baharu. Mungkin itu satu terapi kebahagiaan untuk emak.

Kepada kawan-kawan penjaga pesakit, buatlah apa yang sesuai dalam lingkungan kemampuan dan kebolehan kita. Nanti tidaklah kita terasa seolah-olah tiada lagi dunia yang 'normal' untuk kita seperti orang lain.

Kita juga perlu rehat dan santuni diri kita sendiri.

Allahulmusta'an. Allah Sebaik Baik Penolong.

Raudzah Arippin
Teman Caregivers Anda

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "