Mumbai: Seorang tukang gunting rambut dari Lakhimpur Kheri di Uttar Pradesh telah mendapat kejutan apabila dia tiba-tiba menjadi jutawa segera selama sehari selepas pihak bank dikatakan telah tersalah pindahkan wang sebanyak hampir Rp1 bilion (RM66 juta) ke dalam akaunnya, lapor The Times Of India.
Menurut Munna, ketika dia sedang menggunting rambut pelanggannya di kedai, dia telah menerima satu pesanan mesej ke telefon bimbit miliknya.
Menurutnya, dia terkejut apabila mesej itu memaklumkan wang berjumlah Rs999,999,999 (RM65,520,330) dikreditkan ke dalam akaun miliknya.
“Saya sangat terkejut apabila menerima mesej berkenaan dan pada mulanya menyangka ia dihantar rakan saya yang mahu bergurau.
“Apabila saya menunjukkan mesej itu kepada rakan saya, dia memberitahu bahawa itu mesej yang dihantar oleh bank,” katanya.
Bagaimanapun menurut pengurus Bank berkenaan, AK Dwivedi, pihaknya telah menarik semula duit berkenaan dan akaun Munna telah kembali normal. - Siakapkeli.my