Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] 5 Tip Ini Bakal Menjadikan Anda Seorang Pemilik Kereta Yang Kreatif

14 Dis 2016
No Comment

Pada masa kini, kereta sememangnya sudah menjadi pengangkutan yang sering digunakan untuk ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, ada ketikanya, kita akan meninggalkan apa sahaja barang di dalam kereta, seperti kasut, alatan sukan, mahu pun pakaian.

Ia adalah untuk memudahkan anda, jika pergi ke mana-mana, tanpa perlu mengeluarkan, atau memasukkan kembali barang tersebut. Disebabkan itu, kereta sudah menjadi seperti tempat simpanan, atau rumah kedua anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jadual yang padat, dan sentiasa sibuk.

Namun begitu, ada ketikanya anda mengalami sedikit kesulitan untuk menggunakan kereta, seperti kereta berbau, atau tali pinggang keselamatan yang rosak, mahu pun, tidak memiliki pemegang telefon dalam menggunakan GPS atau waze di saat kecemasan. Untuk itu, admin ingin kongsikan beberapa tip yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan kereta anda, menerusi video dari You Tube, DaveHax


1. Melancarkan Pergerakan Tali Pinggang Keselamatan

Dengan penggunaan yang kerap, dan berulang kali, sudah semestinya tali pinggang keselamatan kereta anda akan mengalami sedikit masalah seperti sukar untuk di dimasukkan semula pada kedudukan asalnya.

Ini berikutan, geseran pada permukaan yang telah kesat, dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Bagi membuatkan ia kembali seperti sedia kala, anda boleh semburkan sedikit semburan permukaan pelbagai guna di bahagian permukaan pemegang tali pinggang keselamatan. Ini akan melancarkan pegerakan tali pinggang keselamatan kereta anda.


2. Pemegang Bekas Air

Apabila anda membawa botol minuman, atau membeli secawan air minuman, sudah semestinya anda perlu meletakkannnya di tempat yang bersesuaian, supaya tidak tumpah. Namun begitu, disebabkan tempat letak botol minuman di dalam kereta anda, tidak mencukupi, anda memerlukan pemegang yang lebih.

Untuk itu, anda boleh sahaja menggunakan salotape atau duct tape sebagai pemegang sementara botol atau bekas minuman anda. Duct tape bukan sahaja boleh digunakan untuk melekatkan sesuatu, tetapi, bulatan (lubang) yang ada, boleh dijadikan sebagai pemegang cawan serbaguna.

* Jika salotape atau duct tape tebal, lebih stabil untuk digunakan


3. Menghilangkan Debu Atau Habuk

Kereta mempunyai banyak kawasan yang sukar untuk dicapai, dan ia akan menyebabkan debu atau habuk terkumpul di kawasan tesebut, lebih-lebih lagi di bahagian penyaman udara kereta anda. Ia sepatutnya memberikan udara yang segar, tetapi, jika berhabuk sudah semestinya anda secara tidak langsung akan menyedut udara yang berdebu.

Anda boleh sahaja menggunakan berus lukisan, dan dengan mudah anda boleh mencuci ruangan di dalam penyaman udara tersebut. Anda akan terkejut, bila mana melihat betapa banyak habuk yang ada di kawasan tersebut.


4. Pemegang Telefon

Pada masa kini, penggunaan telefon pintar sebagai Maps atau waze, sudah menjadi kebiasaan buat kita. Namun begitu, jika anda ingin menggunakan aplikasi tersebut, tetapi tiada pemegang telefon, boleh sahaja menggunakan cara ini.

Gunakan getah, dengan bantuan sebatang pen, untuk dijadikan sebagai pemegang telefon anda, dan dengan ini, anda boleh menggunakan Maps atau Waze dengan lebih mudah tanpa perlu memegang telefon.


5. Hilangkan Wap atau Bau

Bagi mereka yang mempunyai ‘crystal cat litter’, anda boleh menggunakannya untuk menghilangkan wap pada cermin kereta anda, atau sebagai penyerap bau hapak di dalam kereta anda. Ini kerana, ‘crystal’ tersebut mempunyai agen penyerap yang baik dalam menghilangkan kelembapan di dalam kereta.

Masukkan ‘crystal’ tersebut di dalam stoking, dan ikat dengan kemas. Letak pada bawah tempat duduk, atau di papan pemuka kereta anda, untuk menghilangkan bau, juga wap pada cermin.

Moga-moga anda boleh menggunakan tip ini dalam membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi, dan dapat memandu dengan lebih tenang. – Siakap Keli


Sumber: YouTube DaveHax

BACA: Petua Ini Boleh Digunakan Untuk Memerangkap Lipas Yang Berada Di Dalam Kereta Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "