Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Mercedes Ditahan Selepas Tulis B*b* Pada Saman Trafik

14 Dis 2016


JOHOR BARU, 14 Dis: Seorang wanita berusia 53 tahun ditahan selepas menulis perkataan 'babi' pada kertas saman yang dikeluar terhadapnya kerana melakukan kesalahan trafik.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bharu, Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, insiden terbabit berlaku kira-kira jam 8.50 malam Selasa di Jalan Tun Abdul Razak.

Wanita yang tidak bekerja itu disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas selain mengabaikan isyarat lalu lintas kereta jenis Mercedes Benz miliknya diletakkan di garisan berkembar.

"Semasa kejadian, anggota polis trafik mengeluarkan saman untuk ditandatanganinya tetapi suspek menulis perkataan 'babi' di ruang tandatangan saman berkenaan dipercayai cuba menconteng dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit.

"Anggota polis itu menegur perbuatan suspek tetapi suspek menengking anggota polis dengan nada tinggi dan menyatakan nama suspek adalah 'babi'," kata Sulaiman.

Jelas beliau, anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kemudian berjaya menahan suspek berkenaan.

Sulaiman berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan mendapat arahan tuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis di Mahkamah Seksyen di sini, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "