Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Teringin Dengar Degupan Jantung Mereka,'' Bakal Ibu Kongsi Rasa Teruja Disahkan Hamil Anak Kembar Selepas 10 Tahun Menanti

29 Dis 2016
No Comment

Bayangkan apa perasaan anda setelah lama berkahwin dan menunggu cahaya mata, tapi belum dikurniakan anak.

Mungkin kecewa, ada yang redha tapi dalam hati masih menginginkan, ada yang mengambil anak angkat sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang.

Tiba-tiba dalam waktu penantian yang begitu lama tiba-tiba anda disahkan hamil, tentu terujakan? Itulah berlaku kepada puan Nurul, beliau berkongsikan perasaan terujanya itu apabila disahkan hamil selepas 10 tahun menanti dengan pelbagai-bagai usaha.

Apa yang menarik, dia kemungkinan dikurniakan anak kembar sekaligus, kurniaan yang hebat daripada Yang Maha Esa. Jom kita baca.


Alhamdulillah, selepas 10 tahun perkahwinan dan berikhtiar (termasuk bertemu dengan beberapa pakar, endoscopy, laparoscopy, kesakitan yang tidak dapat dilupakan ketika menjalayni ujian HSG, IUIs, berjuta makcik urut, supplements yang disarankan oleh keluarga dan rakan, program detox/rawatan, 2 IVFs), pheww! Saya akhirnya disahkan mengandung tiga bulan.

Saya tahu masih terlalu awal untuk mengumumkannya tetapi nak kongsi juga. Namun bukan seorang, tetapi kembar, insyaAllah.

Jadi kepada rakan-rakan saya semua yang masih mencuba, teruskan mencuba. Saya pernah merasa yang mungkin saya tidak akan mengandung, pernah berputus asa beberapa kali, tak mengapa, (rehatlah seketika, ambil masa, pergi bercuti, fokus pada kerja), kemudian cuba lagi! InsyaAllah masa awak akan tiba. 

Perjalanan saya tidak berakhir di sini. Tolong doakan kehamilan saya berjalan dengan lancar. Amin. 

Masih bergenang air mata setiap kali saya bercakap tentang hal ini. Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang untuk melihat dua garis pada pregnancy test kit. Dua garis yang telah saya tunggu setiap bulan untuk 10 tahun yang lalu.

Alhamdulillah dan teringin mendengar degupan jantung mereka! MasyaAllah, Alhamdulillah sekali lagi. Doakan saya, okey. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "