Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Minta Menteri Luar Kita ke Myanmar, Tapi..." - Najib Dedah Sikap Dingin Suu Kyi Terhadap isu Rohingya

4 Dis 2016

KUALA LUMPUR, 4 Dis - Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mendedahkan sikap ikon demokrasi Myanmar, San Suu Kyi yang bersikap dingin tentang isu etnik Rohingya.

Menurut Najib, Malaysia telah meminta agar Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bertemu Suu Kyi untuk membincangkan isu itu namun reaksi dingin diberikan oleh pemenang anugearh Nobel Keamanan itu.

"Saya minta Menteri Luar kita ke Myanmar..,tetapi Suu Kyi kata kalau nak  jumpa dia hanya bincang isu hubungan dua hala sahaja.

 "Kata Suu Kyi, saya tidak mahu bincang mengenai isu Rohingya...ini mana boleh. Kita mesti bincang segalanya," katanya ketika sebagaimana lapor Sinar Online.

"Piagam Asean pertahankan hak asasi manusia. Myanmar  pakai satu sahaja. Artikel dalam Asean banyak.

"Dia baca satu sahaja. Kita tidak boleh campur tangan dalam urusan negara lain... dia tidak baca yang lain. Yang lain sebut bahawa hak asasi Asean pertahankan hak asasi manusia. Mereka buat ke?

"Janganlah cakap ikut sesuka hati. Apa dia nak kita buat. Kita masuk Asean sebagai 'community of nation'.

"Kita satu komuniti bila berlaku kezaliman dan kekejaman orang dan dicabul hak asasi apakah ini bukan penentangan terhadap hak asasi manusia," katanya lagi.

Selain itu Najib juga menyeru agar Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi turut bersama beliau dalam perjuangan ini.

"Saya nak minta Jokowi adakan himpunan yang sama seperti kita hari ini, Rohingya perlu diperjuangkan," kata beliau.

Sumber: Sinar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "