Namun begitu, jika kita sudah membuat keputusan, kita tahu bahawa keputusan yang dibuat, akan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri, yang membezakan, yang mana satu lebih baik antara satu sama lain. Begitu juga dengan, pilihan untuk memilih antara melancong atau memiliki rumah terlebih dahulu.
Bagi mereka yang mempunyai permasalahan untuk membuat pilihan antara dua aspek tersebut, saudara Faiz Najmi kongsikan penerangan yang terperinci dalam hal tersebut. Jom kita baca penerangan yang dikongsikan oleh beliau, moga ia sedikit sebanyak membantu kita membuat pilihan.
Haha nampaknya saya tertinggal kapal terbang dalam debat ini. Tajuk ini sangatlah luas spektrumnya, kadar orang pukul rata amatlah tinggi, dan tidak lupa bias seorang penulis adalah mengikut persepsi kepentingannya atau apa yang nak dijualnya. Ia seperti bertanya:
- nak berak dulu atau nak makan lunch dulu?
- nak labur dulu atau nak lindung (bertakaful) dulu?
- nak beli kereta dulu atau smartphone baru dulu?
- nak kahwin dulu atau nak buka bisnes dulu?
Sebagai penasihat takaful, pengembara tegar dan pelabur hartanah, saya tiada dilema nak mana dulu. Saya nak semuanya sekali. Kalau ikut keutamaan saya, kahwin adalah keutamaan paling akhir sekali.
Mereka yg membaca buku saya MUSAFIR DUNIAWI akan faham cara pengurusan kewangan seorang musafir mengikut pendapat saya. Mazhab saya ialah mazhab kewangan yg sustainable (bertahan lama). Kewangan hartanah dan musafir saya sudahpun masukkan dalam pengurusan kewangan peribadi.
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, perlulah ada pemikiran strategik & rasional lebih daripada emosional. Perlulah ada kemahiran berfikir aras tinggi lebih daripada kemahiran pukul rata.
1. MATLAMAT PERIBADI (personal goals)
Saya tidak kisah jika sesiapa yg tiada matlamat kewangan (financial goals) kerana wang bukan segalanya. Tapi kalau tiada matlamat peribadi, ini masalah besar kerana hidupnya tiada tujuan langsung sehari-hari.
Matlamat kita berbeza, kelebihan kita berbeza, kemampuan kita berbeza, situasi berbeza, penilaian risiko berbeza. Nak paksa semua orang beli rumah dahulu, atau paksa orang travel seluruh pelusuk dunia dahulu memang bukan caranya. Itu cara mereka yg hanya mahu menaikkan autoriti diri secara keras sebagai pengembara atau pelabur hartanah. Cara yang terbaik ialah mendidik kepentingan setiap segmen tanpa membid'ahkan kategori yg lain samada kepentingan memiliki hartanah atau kepentingan travel masa muda.
Mereka yg mementingkan capital appreciation dan pendapatan pasif melalui hasil sewa, tiada masalah melabur hartanah dahulu. Mereka yang sebegini mempunyai strategi kewangan yg agresif dan penilaian risiko yg bagus.
Manakala mereka yg suka travel pula adalah seorang introverted, suka berfikir dan melihat kelainan, belajar budaya lain, dan belajar kemahiran baru. Mereka ini adalah risk takers, lagi-lagi golongan backpackers.
Adakah kedua-dua golongan ini saling bertembung dan menentang antara satu sama lain? Sama sekali tidak. Seseorang itu boleh jadi kedua-duanya, seperti saya.
Rumah kediaman (residential home) adalah keperluan. Cuma untuk mereka yg masih bujang, mereka tiada kepentingan memiliki rumah kediaman pertama terlalu awal berbanding mereka yang sudah berkeluarga dan beranak-pinak.
Mereka yg bujang boleh berkongsi menyewa atau duduk dengan keluarga. Kalau mahu beli rumah pertama, ia adalah lebih afdhal untuk pelaburan berbanding untuk kediaman, samada untuk menyewa atau capital appreciation.
Manakala, golongan yg berkeluarga boleh juga menyewa (kerana ia lebih jimat daripada membeli rumah untuk kediaman), namun untuk jangka masa panjang mereka perlu berusaha juga untuk ada rumah persendirian untuk memberi keselesaan kepada pasangan dan anak-anak terutamanya selepas kematiannya.
Itu baru penilaian bujang dan bekeluarga. Belum masuk mereka yg kerjanya berpindah sana sini. Selalu offshore. Selalu keluar negeri. Mereka yg dalam syarikat kurang stabil seperti oil & gas atau mereka yg baru saja memulakan bisnes.
Travel pun banyak kategori, jadi tidak boleh pukul rata semuanya.
- travel haji adalah satu kefardhuan
- ada orang memang cari makan dengan travel, maka ia adalah satu keperluan
- ada yg menuntut ilmu semasa travel, maka ini adalah suatu keperluan
- travel vacation sekali setahun sekurang-kurangnya adalah digalakkan bagi meningkatkan produktiviti pekerjaan. Ini adalah satu kemahuan yg digalakkan.
- travel yang tiada keperluan penting lain adalah kemahuan.
Meletakkan bumbung atas kepala adalah satu keperluan. Namun tidak semestinya perlu membeli rumah. Menyewa pun boleh. Manakala travel pula boleh jadi kemahuan atau keperluan.
Alah, masa kecoh debat kereta vs rumah dulu pun sama jugak. Kereta diperlukan untuk pergi kerja, jadi ia lebih urgent. Tanpa kereta cari makan, rumah pun tak dapat beli. Namun pilihlah kereta yg tidak lebih 15% bayaran balik bulanan sahaja supaya boleh beli rumah yg lebih mampu dimiliki.
3. KOS DAN KEMAMPUAN
Inilah yg pening bila debat rumah dulu atau travel dulu? Ianya subjek kategori terlampau luas untuk diperkatakan. Kalau soalan itu dikhususkan kepada "Graduan baru perlu menabung untuk mengembara dunia terlebih dahulu sebelum bekerja atau menabung untuk membeli rumah kediaman pertama terlebih dahulu?" Kalau ini, banyaklah poin yg lebih spesifik untuk diambil kira.
Kos permulaan beli rumah termasuk deposit downpayment, kos guaman, kos valuation, kos takaful, beli perabot dan sebagainya. Itu belum masuk jenis rumah apa nak beli: subsale, under construction atau lelong. Seseorang boleh membelanjakan duit permulaan antara RM2000 sehingga RM200,000 untuk pemilikan rumah baru. Satu pemboleh ubah (variable) yg konstan ialah harga rumah tetap akan naik, jadi tiada guna tunggu harga rumah turun.
Travel pula nak fikir kos penerbangan, kos pengangkutan darat, kos penempatan, aktiviti dan sebagainya. Itu belum masuk persediaan dana kecemasan dan insurans. Dahulu, travel adalah suatu aktiviti yg mahal. Sekarang ini tidak lagi, dan semakin banyak pilihan dan harga juga naik turun, bergantung pada harga minyak mentah dunia.
Pelabur hartanah tegar boleh memiliki berpuluh rumah dengan modal kecil. Pengembara tegar pula boleh travel seluruh dunia dengan bajet amat rendah. Kenalah belajar bagaimana memiliki hartanah dengan modal kecil dan belajar travel bajet rendah, daripada hanya mengecam meroyan tak tentu arah.
Tiada jawapan betul salah. Balik semula pada matlamat peribadi nombor satu tadi. Apa yg penting dan diutamakan oleh anda. Kalau anda tiada matlamat peribadi, itu yang pening tiada halatuju. Rumah takde, travel pun takde. Asyik dok berfikir je mana nak dulu.
Samada beli rumah atau travel, atau apa-apa aktiviti kehidupan yg kita buat, adalah penting untuk menilai risiko. Apa yang kita mampu ambil dan apa yg perlu kita tinggalkan. Dan apa yg kita dapat in return.
Jika kewangan kita hanya ada ruang untuk salah satu sahaja antara beli rumah atau travel, dan anda masih buntu juga nak pilih, buatlah SWOT analysis. SWOT ialah penilaian Strength Weakness Opportunities Threats. SWOT analysis banyak digunakan dalam decision-making process bisnes besar. Boleh google kalau masih tak faham.
Bisnes, pelaburan, travel , beli rumah semua ini tiada betul tiada salah. Hidup ini bukan soalan objektif, bukan soalan MCQ (multiple choice questions). Ia berbentuk subjektif yg memerlukan kemahiran analitis, kritis dan kreatif. Ini baru aras tinggi!
Keputusan untuk beli rumah atau travel oversea bergantung pada penilaian risiko, dan SWOT Analysis adalah alat yg terbaik untuk bantu menilai risiko. Sekali sudah buat keputusan, membeli unit hartanah impian atau travel ke destinasi impian, janganlah menyesal. Be firm in your decision!
Apa yg berisiko tinggi ialah beli rumah tanpa ilmu. Lepastu rugi, tak boleh nak jual balik rumah tu sampai mati. Samalah, travel tanpa ilmu pun berisiko juga, malah sangat rugi jika tiada perolehan apa-apa ilmu semasa berkelana.
5. BUATLAH KEDUA-DUANYA KALAU MAMPU
Jika ada kemampuan, why not both? Harga rumah takkan turun, dan sebaiknya mula melabur hartanah sewaktu muda lagi supaya anda boleh jaga aliran tunai dan pemilikan ekuiti yg lebih besar. Pelabur hartanah yg hebat mampu memiliki berpuluh hartanah dengan modal kecil.
Waktu muda juga ialah waktu yg sesuai untuk travel kerana usia 20-an adalah usia yg impressionable dan bertenaga. Kita belajar menuntut ilmu benda baru dan buka minda, belajar bahasa dan budaya, melihat dan mensyukuri nikmat Allah. Backpackers tegar boleh travel dengan kos yg rendah sahaja seperti RM500 ke Jepun.
Waktu mudalah kita sepatutnya belajar samada dalam bentuk travel atau pelaburan, demi memberi erti dalam sebuah kehidupan. Segala aspek perlulah diwarna-warnikan.
Kenalah belajar bagaimana memiliki hartanah dengan modal kecil dan belajar travel bajet rendah, daripada hanya mengecam meroyan tak tentu arah. Apa yg penting ialah kita tahu apa yg kita mahu dalam hidup.
Mahu hartanah ok.
Mahu travel pun ok.
Mahu kedua-duanya lebih ok!