Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mempunyai Keindahan Alam Yang Sukar Untuk Digambarkan, Gadis Ini Kongsikan Tip Melancong Ke New Zealand

4 Dis 2016
No Comment

Dalam merancang percutian yang menarik, kita sudah pasti ingin melawat atau melancong ke negara yang mempunyai keindahan alam yang mampu membuatkan diri terkesima sebentar. Ia adalah satu pengalaman yang menarik dan sukar dilupakan jika dapat menikmati pemandangan tersebut.

New Zealand merupakan sebuah negara yang boleh dikatakan mempunyai pemandanagn semula jadi yang mengagumkan. Ia terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000 kilometer tenggara Australia merentasi Laut Tasman, dan disebabkan itu juga, New Zealand mampu untuk mengekalkan keindahan ekosistem semula jadinya.

Bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk merasai sendiri bagaimana indahnya alam semula jadi di New Zealand, admin kongsikan tip untuk melancong ke sana, dari perkongsian saudari Siti Farhana Mohd Pakeh. Jom kita lihat, betapa indahnya New Zealand.


Tips Melancong New Zealand

Since nana dekat New Zealand tempoh hari, banyak sangat PM masuk bertanyakan tips travel dekat New Zealand.. So nana nak kongsi lah sedikit antara tips-tips melancong dekat NZ especially secara road trip macam kami

So again nana nak bagitahu, New Zealand ialah sebuah negara yang SANGAT CANTIK!

1. Kita start dengan dekat kastam and imegresen. Jangan sesekali bawak masuk makanan fresh especially macam buah-buahan macam tu, even buah tu kau bawak dari atas flight. Make sure habiskan atau buang siap-siap. Taknak buang pun takpe sebab nanti pegawai kastam tu akan tolong buangkan, hahaha

2. Make sure setiap makanan yang korang bawak tu, WAJIB declare. Jangan sesekali tak declare. Sebab kalau lah terkantoi korang bawak makanan yang tak boleh dibawak, lepas tu tak declare pulak, korang akan kena denda NZD100. Banyak kot! RM300 tu macam-macam boleh buat

3. Kalau nak senang, makanan semua letak dalam satu beg je. Sebab nanti pegawai tu akan nak check satu persatu. Dah payah pulak kalau kau letak sekali dengan beg baju kan.Karang pegawai tu nak selongkar, dah terselongkar benda-benda yang tak sepatutnya karang. haha


4. New Zealand ialah negara yang sangat susah nak sesat. Asalkan korang tahu route, InshaAllah tak sesat. Kalau nak confirm tak sesat, pakailah GPS haha. Tapi seriously memang senang je travel NZ nih.

5. Disebabkan senang je nak travel dekat NZ ni, maka cadangan nana tak perlulah korang pakai agent pun takpe. Sebab tempat-tempat yang best tu selalunya memang tepi-tepi jalan je. Plus kalau pun dekat satu kawasan macam Queenstown, tempat semua tak jauh pun. Alah, buat lah homework sikit. Study sikit tempat-tempat menarik dekat setiap kawasan, then InshaAllah setel.

6. Kalau bercuti dekat NZ especially dekat South Island, korang memang akan road trip. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat. So, jangan lah bercuti tu sekejap sangat. Karang memang tak cukup. At least 2 minggu baru cukup, tu pun tak sempat cover semua tempat pun.


7. Make sure daripada Christchurch ke Lake Tekapo korang pilih route yang melalui Rakaia Gorge. Sebab banyak baca blogger yang pergi akan ikut route Ashburton - Timaru dan seterusnya. Which kami lalu masa balik ke Christchurch. Seriously route yang lalu Rakaia Gorge cantikkk sangat especially sungai yang kaler turquiose tu. Sumpah cantik gila!

8. Kat NZ memang nak ke taknak wajib sewa kereta. Ramai yang sewa Caravan pun ada. Tapi based on kami borak-borak dengan pelancong yang sewa Caravan, kos untuk Caravan trip sebenarnya lagi mahal sebab masa nak check in site tu, kos diorang kira ikut kepala. Kalau kita travel naik kereta, just sewa hotel jelah. Tapi kalau dengan Caravan, kalau ramai orang dalam satu Caravan tu makanya mahal lah kena bayar.

9. Dekat NZ sama ada suka masak ke tidak, wajib masak jugak kalau nak senang. Sebab agak leceh nak cari kedai makanan halal kat sana, especially untuk yang bawak anak kecik macam kami. So senang masak jela.

10. Nak senang memasak, bawak lah pak cik Brahim's hehe. Ada banyak, yang dah siap and yang paste je pon ada. Kat sana just beli ikan/ayam, then masak dengan paste Brahim's tu.Pon sedap je.

11. Make sure masa booking bilik hotel, korang check siap-siap ada dapur atau tidak, hotel ada toilet dalam bilik atau kena kongsi. Sebab ada sesetengah bilik especially untuk backpacker toilet kena share. Kitchen share takpe lagi, toilet kena share tak best!

12. Kalau book hotel area tasik macam dekat Queenstown ke, Te anau ke, alah semua pun ada je tasik.. Kalau boleh book lah even sekali bilik mengadap tasik. Kami haritu kalau tak dah book satu bilik mengadap tasik, tapi ada kesilapan teknikal. Sedih sobs


13. Kalau nak jumpa Lupins, bunga yang cantik and banyak dekat area Lake Tekapo, make sure datang pada penghujung Spring memasuki musim panas sebab bunga Lupins ialah bunga musim panas.

14. Kalau teringin nak main salji, make sure panjat lah Remarkable Mt. Kalau korang bernasib baik, adalah salji kalau korang datang masa bukan musim salji. hehe


15. Skyline Gondola Queenstown wajib naik

16. Patuhi hadlaju jalan raya. Sebab polis ada je sepanjang jalan tu

17. Cuaca dekat sana walaupun sejuk, tapi matahari sangat terik. Maka prepare siap-siap lah dengan SUNBLOCK kalau tak muka akan burn gila gila macam kami haha

18. Souvenir MAHAL. Seketul fridge magnet pun dah dekat RM20 duit Malaysia. Yang lain apetah lagi

19. Dekat NZ ada ayam halal. Cari brand Brinks


20. Sepanjang perjalanan korang akan jumpa pemandangan cantik. So kalau nak plan itinerary dari satu tempat ke satu tempat, make sure allocate siap-siap masa yang lebih, sebab confirm akan banyak berhenti amek gambar.

21. Kalau nak buat aktiviti dekat sana, better book online berbanding beli dekat kaunter sebab online lagi murah.

22. Kalau travel dekat musim sejuk, make sure bawak baju tebal yang kalis angin especially.

23. Make sure korang pergi hiking dekat Mount Cook! Dekat sana ada banyak route korang boleh lalu untuk hiking. Kalau plan nak lalu banyak route, make sure dah ada dekat sana awal pagi. Route ke Hooker Valley amek masa almost 2 jam pergi 2 jam balik. Kea point, almost 45 min pergi 45 min balik. Pemandangan SUPER AWESOME!

24. Sebelum plan hari apa nak ke Milford Sound, better tengok ramalan kaji cuaca dulu especially kalau bawak anak kecik. Masa kami haritu tak jadi pergi sebab hujan sobs!

25. Jangan lupa amek travel insurans sebab in case apa2 jadi, anak demam ke apa, kos perubatan sangat MAHAL! Haritu yaya demam, pergi medical centre dia kena charge NZD200, bersamaan RM600!

26. Make sure bawak SUPPLEMENT sebab dekat sana korang akan travel setiap hari dari satu tempat ke satu tempat. Memang sangat letih sebab selalunya bila sampai next destination dah nak dekat senja, esok pagi-pagi pukul 10 dah kena check out. Pilihan nana semestinya SHAKLEE

Pendek kata, NZ adalah negara yang terlalu CANTIK untuk dilawati.. Please make sure korang masukkan dalam target untuk ke sini at least sekali seumur hidup okay! Jom buat tabung NZ! - Siakap Keli

Lake Wakatipu

Lavender Farm Wanaka

Lupins, Lake Tekapo

Queenstown Skyline Gondola

Rakaia Gorge

Remarkable ski area

BACA: Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Backpack Caravan Ke Melbourne Dan Sydney Selama 7 Hari 6 Malam Bersama Rakan-Rakan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "