Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Fenomena Air Mata Biru di Pantai Tusan

4 Dis 2016
No Comment

MIRI - Pantai Tusan di Bekenu, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya ini, sebelum ini hanya popular di kalangan penduduk berhampiran serta peminat fotografi sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam dan landskap menarik di situ.

Kedudukan pantai ini di hujung sebuah ladang kelapa sawit yang berhampiran Jalan Pesisir Pantai Miri-Bekenu agak tersorok, dan pengunjung perlu berjalan turun kira-kira 30 meter untuk ke pantai tersebut, menambah 'misteri' kepada lokasi ini.

Namun segala-gala berubah apabila sekitar hujung tahun 2015, seorang jurugambar tempatan merakam gambar fenomena air mata biru di pantai tersebut, gambar itu kemudiannya tersebar hingga menjadi viral di laman sosial.

Sejak itu saban minggu, ratusan pengunjung menyerbu pantai itu untuk menyaksikan sendiri fenomena air mata biru atau dinamakan 'bio-luminescence' yang berlaku apabila mikro-organisme di dalam air diganggu oleh oksigen, menghasilkan cahaya cerah kebiruan di pantai tersebut.

Selain fenomena air mata biru, tarikan lain termasuk tebing batu di Tanjung Layang-layang yang turut dikenali sebagai 'Batu Kuda' di kalangan pengunjung berikutan bentuknya mirip seekor kuda sedang minum serta gua kecil dengan landskap batuan menarik di sepanjang pantai itu.

Rosli, nelayan pesisir pantai dari Kampung Angus, berkata cerita tentang fenomena air mata biru itu menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara termasuk dari Australia, New Zealand dan China.

"Sejak berita fenomena ini tersebar, ramai pengunjung datang, ada pelancong datang dengan bas, ada datang sendiri... saya sendiri ada bercakap-cakap dengan pelancong dari Australia, New Zealand dan China.

Rosli berkata perkara paling utama buat pengunjung ialah bersabar memandangkan berdasarkan pemerhatiannya, keadaan arus, ombak, cahaya bulan dan bintang serta suhu turut memain peranan penting serta perlu diambil kira ketika menunggu fenomena itu berlaku.

Berlainan pula dengan Mohd Izzie Majid, 19, dari Kampung Terahad, yang ceritanya lebih melucukan ketika dia kali pertama melihat fenomena itu pada suatu malam sekitar September 2015 bersama lima lagi rakan ketika sedang bersantai di pantai tersebut.

"Tiba-tiba kami berenam nampak laut dan kawasan sekitar jadi kebiruan, waktu itu air pasang, jadi perlahan-lahan cahaya kebiruaan itu seolah-olah naik ke atas bukit, meremang bulu roma kami sudah fikir perkara yang bukan-bukan," kata bekas pelajar Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Tanjong Lobang, yang masih menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Pemuda etnik Kedayan itu berkata kira-kira seminggu selepas itu, dia melihat kawasan tersebut menjadi tumpuan peminat fotografi yang cuba merakamkan gambar fenomena tersebut, dan sejak itu pantai yang tersorok itu mula dibanjiri pengunjung.

Sumber: Kosmo!





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "