Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berbaloikah, Pengembaraan Jangka Masa Panjang, 10 Perkara Ini Anda Bakal Hadapi, Ia Mungkin Sesuatu Yang Kurang Menyenangkan

30 Dis 2016
No Comment

Tidak ramai di antara kita yang berpeluang untuk mengembara ke pelusuk dunia, yang ada pun hanya segelintir sahaja. Bagi mereka yang menjadi pelancong pula, sememangnya agak ramai, pergi ke beberapa tempat, dengan jarak masa yang jauh.

Perbezaan antara mengembara dan melancong sudah semestinya ada, ia melibatkan jangka masa yang panjang, dan gaya hidup sewaktu berada di sesebuah tempat. Ikhtiar hidup dan bagaimana untuk membuat keputusan dengan baik, sangat penting jika anda melakukan pengembaraan.

Semestinya pengalaman dapat mengembara dalam jangka masa yang panjang, pergi dari negara ke negara, memang saat yang tidak ternilai. Namun, siapa tahu, disebalik gambar yang kita lihat, terdapat perkara yang hanya diketahui dan dialami oleh pengembara sahaja, itulah yang dihadapi oleh saudara Jeroong Wia, yang mengembara dalam tempoh yang amat panjang.

Mari kita lihat, apa yang bakal dihadapi jika kita merancang untuk mengembara dalam jangka masa panjang.


REALITI PENGEMBARAAN JANGKA MASA PANJANG
Seperti mana yang diketahui, pengembara bukan pelancong. Jadi, pengembara kebiasaanya akan membuat jalan ikhtiar hidup sendiri mencari jalan menuju ke tempat destinasi dan membawa pulang apa yang ada sepanjang perjalanan.

Mengembara dan bercuti adalah dua skop yang berbeza. Mengembara ini adalah gaya hidup yang bukan untuk kebiasaan orang dimana kamu perlu banyak berkorban di dalam jalan yang kamu pilih. Mungkin gaya hidup ini adalah sangat mungkin untuk dilakukan tetapi sangat sukar untuk diambil dan dilakukan.

Telah ramai yang menceritakan tentang keindahan perjalanan atau bercuti jadi saya tidak mahu menyentuh tentang tersebut. Saya hanya ingin menceritakan tentang realiti sebenar terhadap pengembaraan jangka masa panjang yang saya alami.

Tidak kisah anda suka atau tidak, tetapi inilah realiti sebenar untuk ditempuhi jikalau membuat keputusan bagi meninggalkan segalanya bagi meneruskan perjalanan di jalanan.

1. Perasaan ketidak-pastian/Serba Salah.
Perasaan ini saya alami ketika separuh perjalanan pengembaraan berlalu di mana langkah yang paling besar saya ambil iaitu dari Asia menuju ke Eropah menggunakan keretapi. Keadaan itu berlaku di dalam keretapi di Russia dan perasaan itu terdetik dihati seketika.

"Apakah benar jalan yang aku lakukan sekarang?"
Perasaan ketidakpastian ini adalah satu perasaan dimana anda akan berfikir diri sendiri samada apakah jalan yang anda pilih ini betul atau tidak? Samada keluarga dan rakan-rakan menyokong atau tidak? Dan juga kewangan menyokong perjalanan atau tidak.

2. Tiada sokongan moral dari yang terdekat
Saya membuat perancangan hanya 45 hari dari Kuala Lumpur menuju ke London pada pertengahan 2014 dan membuat perincian dengan mendalam tentang perjalanan ini. Dan saya juga ada war-warkan tentang hal ini kepada sahabat-sahabat tentang perancangan saya ini.

Tetapi akibat dari pengetahuan yang berlainan, ramai yang mencaci dan mengkeji keputusan saya ini. Tambahan lagi apabila saya terpaksa menangguhkan perjalanan yang asalnya berjadual pada Nov 2014, tetapi akibat dari banjir besar saya terpaksa menangguhkan sehingga setahun iaitu pada Oct 2015.

Sepanjang setahun saya dicaci dan dikeji tentang perancangan saya yang terdahulu. Tetapi ianya tidak pernah mematahkan semangat malah menjadikan ianya lebih kuat untuk melakukannya.


3. Been There Done Syndrome
Pernah anda terdengar tentang kenalan yang melancong yang bercerita tentang pengalaman ataupun juga tentang tempat-tempat yang menarik dalam television atau internet?

Bagi pengembaraan jangka masa panjang, kamu akan merasakan perasaan yang kurang senang iaitu tiada lagi perasaan wow seperti mana pertama kali anda melihat tempat tersebut.
Perasaan ini saya alami pertama apabila berada di St Petersburg,Russia. Pertama kali melihat bangunan eropah amat menggamitkan perasaan saya. Segalanya sekeliling menjadi wow pada saya.

Dan setelah beberapa negara saya lewati, perasaan itu mula beransur hilang walaupun saya pergi ke tempat yang lain seperti Old Town di Vilnius, Lithuania segalanya tampak sama bagi saya. Tiada lagi wow walaupun itu merupakan pertama kali saya tiba d Lithuania.

Setiap tempat baru mula kelihatan sama tanpa keunikan. Perasaan ini mungkin disebabkan oleh kegairahan dalam mencari perasaan pertama kali seperti melihat perkara-perkara tersebut.

Ok saya nyatakan contoh yang lebih ringkas. Pergi melancong di Malaysia, melawat masjid Kristal, mungkin akan mendatangkan wow pada pertama kali. Tetapi selepas beberapa masjid dilewati, walaupun masjid Putrajaya mungkin perasaan itu sudah hilang.

4. Rutin seharian pengembara
Percaya atau tidak bagi pengembara kami mempunyai rutin seperti anda yang bekerja juga dan ianya lebih kompleks dari anda yang bekerja makan gaji kerana kami tiada masa untuk lepak di kedai makan berbual kosong dengan kawan-kawan.

Rutin saya dahulu adalah seperti berikut:
Pergi ke tempat baru - berjalan di kawasan sekitar dengan bagpack yang berat mencari tempat untuk bermalam - jumpa tempat bermalam tetapi ianya melebihi budget - angkut bagpack dan berjalan lagi - jumpa tempat stay yang sesuai dengan budget - letak barang-barang - membuat research apa yang perlu dilakukan ditempat baru - lakukan perkara yang telah diresearchkan - berkenalan dengan kenalan baru - ucapan selamat tinggal kepada kenalan baru - pack bag - mencari jalan untuk ke tempat baru - dan lakukan kembali perkara yang pertama seperti di atas.

Otak perlu bekerja 24 jam. Perlu asyik memikirkan bagaimana hendak ke sana, di mana harus saya tidur, kenapa tempat itu begini, bagaimana tentang sejarah, berapa cos seharian dan sebagianya..


5. Sangat-sangat memenatkan
Bayangkan perjalanan seharian dengan bus atau keretapi selama 10 jam 5 jam 24 jam dari satu tempat ke satu tempat. Dan apabila tiba anda kena discover kawasan. Kalau rehat lebih banyak wang belanja akan dikeluarkan.

Kebanyakan masa adalah di dalam bus, keretapi, tempat menunggu bus, lapangan terbang. Disebabkan pengembara bukan pelancong, segalanyanya difikirkan agar dapat dijimatkan kos.

Mungkin bagi 4-5 negara adalah biasa tetapi cuba untuk lebih dari 20 negara dengan keadaan begini?

6. Tidak semua tempat sama seperti di dalam gambar dan blog

Anda faham apa yang saya maksudkan? Jikalau mengikut pada itinerary yang orang bagi atau pergi ke tempat tumpuan, 90% pengembara baru akan menemukan tempat itu adalah langsung tidak sama sekali sepeti di dalam gambar yang menujukkan tempat yang tenang walhal penuh dengan pelancong lain yang juga sama seperti anda.

Ada satu pepatah menyebut "For any traveller who has any taste of his own, the only useful guidebook will be the one which he himself has written"

Pengembara sebenar kebiasaannya tidak menggunakan sebarang guidebook, tetapi kebiasaannya diorang yang menciptakan guidebook sendiri bagi kemudahan orang lain.


7. Saya tidak tahu @ NO!
Sepertimana yang sedia maklum, pengembara di negara asing mudah terdedah terhadap sebarang penipuan. Jadi, langkah yang saya ambil adalah dengan belajar dua perkataan ini dalam bahasa local iaitu saya tidak faham/mahu dan juga tidak.

Apabila ada sesiapa yang mendekati anda dan menawarkan apa-apa perkhidmatan atau barangan, no dalam bahasa local merupakan cara terbaik untuk mengelakkannya. Dan apabila disapa oleh orang local yang bercakap dalam bahasanya, saya tidak mahu/faham merupakan cara terbaik untuk mengelakkan diri dari anda menjadi mangsa kepada sesetengah yang targetkan orang luar seperti pengembara.

Hanya perlu belajar greeting word seperti hello, thank you, yes, no dan juga i dont want/understand sudah memadai untuk anda hidup sehingga bertemu dengan orang yang betul-betul fasih berbahasa bagi meminta tolong.

8. Homesick
Sangat-sangat dirasai. Perasaan rindu pada keluarga pada kenalan rapat pada kucing pada makanan dan segalanya, serta perasaan ini akan mempengaruhi anda di perjalanan.

Perasaan ini boleh dikatakn dirasai oleh semua pengembara jangka masa panjang tidak kiralah apa tujuan dia mengembara tetapi perasaan ini sangat besar dan ianya akan terjadi lebih dari sekali. Kita tidak mampu mengelaknya kecuali yang tidak berperasaan.


9. Terlepas saat-saat penting yang terdekat
Bayangkan jikalau kawan baik kawin dan ketika itu kita masih dalam perjalanan haluan kita. Bayangkan adik convo dan kita masih lagi mengembara. Bayangkan kakak bersalin dan kita mendapat anak saudara baru dalam hidup tetapi kita masih di jalanan.

Ramai pengembara yang kalah terhadap perkara ini sama seperti saya jua. Saya tidak dapat berkumpul bersama-sama keluarga menyambut hari raya bersama-sama dikala segenak ahli keluarga berkumpul dan menyambut hari gembari tanpa kehadiran saya.

Oh, perasaan itu memilukan.

10. Anda perlu bekerja
Apa korang ingat pengembara ni hanya jalan-jalan cuci mata? mungkin boleh hidup tanpa kerja bagi 2-3 bulan tetapi bagaimana pula 6 bulan? Setahun dua? Ingat duit tak habis?

Ramai orang mempunyai tanggapan yang salah apabila berhenti kerja bagi mengembara tiada lagi kerja. Tanggapan itu salah sama sekali.

Jikalau ingin meneruskan perjalanan, perlu bekerja bagi menampung perjalanan dan juga wang yang akan berkesudahan akhirnya.

Sekarang anda sudah ketahui tentang realiti sebenar pengembaraan jangka masa panjang dan adakah ianya berbaloi? Cubalah.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "