Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Semalam Minyak Sepatutnya Naik 20 Sen Tetapi Perdana Menteri Kurangkan Kepada 15 Sen

1 Nov 2016
No Comment

Kenaikan petrol pada bulan ini sepatutnya adalah 20 sen dan bukan 15 sen seperti yang diumumkan semalam.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kenaikan yang berlaku pada bulan ini adalah berdasarkan harga semasa petrol pada Oktober tetapi perdana menteri berpendapat kenaikan itu perlu dikurangkan sedikit untuk rakyat.

"Diharapkan pada November ini,  jika keadaan pasaran bertambah baik, maka kerajaan tidak perlu perlu menaikkan harga lagi," katanya.

Harga petrol RON 95, 97 dan Diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 15 sen bermula tengah malam semalam di mana ia ditetapkan mengikut formula ditetapkan kerajaan selepas langkah rasionalisasi dibuat sebelum ini.


Kenaikan itu menjadikan harga bagi petrol RON95 kepada RM1.95 seliter, RON 97 kepada RM2.30 seliter dan diesel kepada RM1.90 seliter dimana kenaikan sebanyak 15 sen seliter itu adalah yang tertinggi pernah berlaku pada tahun ini.

Johari juga menjelaskan kadar kenaikan harga minyak di negara ini dibuat berdasarkan purata harga pasaran minyak mentah dunia pada bulan sebelumnya dan tidak mengikut harga harian global. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "