Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setahun Selepas Kematian Tuannya, Kucing ini Masih Enggan Berganjak Dari Kubur, Cuma Tinggalkan Sejam Dua Untuk Makan

1 Nov 2016


Jakarta: Seekor kucing yang merasa rindu akan tuannya tinggal di kubur wanita yang pernah memeliharanya itu di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia sejak setahun lalu.

Daily Mail melaporkan, seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno berkata, pada awalnya dia menyangkan yang kucing itu tidak bertuan dan merasa pelik kerana setiap hari ia dilihat berada di kubur berkenaan.

Setiap hari kucing itu meninggalkan kubur berkenaan sejam atau dua, pulang ke rumah tuannya untuk makan makanan yang disediakan anak wanita berkenaan.

Selepas itu ia kembali ke kubur dan bermalam di sana,” katanya.

Keli berkata dia pernah cuba membawa kucing itu pulang untuk dipelihara namun kucing tersebut tetap kembali ke kubur tuannya yang dikenali sebagai Kundari.

Sudah setahun ia berada di kubur itu, tidak mahu meninggalkan kubur wanita yang pernah memeliharanya.

Anak Kundari memberinya makan dan minum setiap hari, selepas itu Ia berjalan ke kubur tuannya dan bermalam di situ.

Sungguh mengharukan,” kata Keli sebagaimana lapor Harian Metro.





Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "