Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

RM143.64b MoU Dimeterai Dengan China - Najib

1 Nov 2016


BEIJING, 1 Nov: 14 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan jangkaan keseluruhan nilai pelaburan kira-kira RM144 billion dimeterai antara syarikat Malaysia dan China, kata Perdana Menteri Najib Razak.

"Jumlah pelaburan terbesar yang pernah dilakukan negara dan pencapaian bersejarah," katanya beliau kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, jumlah pelaburan itu menunjukkan sokongan berterusan yang diperoleh pada penutup lawatan rasmi beliau yang juga lawatan ketiga sepanjang beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya lagi, lawatan itu juga mencatat satu lagi sejarah dengan pembelian empat kapal tempur persisiran pantai oleh TLDM dan itu merupakan kali pertama Malaysia membeli peralatan tentera dari China.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "