Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui 6 Langkah Mudah Yang Boleh Diamalkan, Dalam Pengurusan Sampah Dengan Lebih Bijak

1 Nov 2016
No Comment

Dalam memastikan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar, faktor kebersihan perlu dititikberatkan terlebih dahulu. Aspek pembuangan sisa sampah perlu juga diambil serius oleh orang ramai, ini kerana ia dapat membantu dalam proses mengurangkan sisa buangan  dengan lebih baik.

Kesedaran telah diberikan oleh banyak pihak dalam pelbagai cara, seperti iklan di televisyen, edaran pamplet, atau membuat aktiviti gotong- royong, namun ada segelintir yang masih kurang peka akan perkara ini.

Admin turut merasakan pengurusan sampah perlu dipratikkan walau di mana sahaja kita berada, dan di sini, admin ingin kongsikan, bagaimana lelaki ini mengamalkan pengurusan sampah dengan lebih praktikal dan teratur. Jom kita tengok cara terbaik dalam pengurusan sampah, perkongsian oleh, saudara Marwan Mahmud WM ini.

Jom Kita Amalkan Pengurusan Sampah Dengan Lebih Bijak Dengan 6 Langkah Mudah!


1. Bersihkan bekas makanan yang kotor. Penting untuk elakkan bau busuk dan jugak semut-semut.


2. Letakkan dalam satu tong sampah utama di rumah (untuk kurangkan semak sebab banyak tong sampah). Pastikan ia sampah yang bersih dan kering.


3. Asingkan sampah mengikut jenis (plastik, kertas dan lain-lain).


4. Letakkan dalam tong sampah yang telah dikhaskan untuk setiap jenis (jangan kedekut, labur la sedikit wang untuk beli tong sampah berasingan).


5. Ikat dengan kemas dan labelkan setiap jenis sampah supaya pemungut sampah tau isi kandungannya. Sentiasa permudahkan kerja orang ye.


6. Janganlah dicampak sampah-sampah kitar semula tu dalam tong sampah besar. Nanti kesian pemungut sampah kena geledah pulak. Jikalau kita letakkan semua barangan untuk kitar semula ke dalam tong sampah besar tu, ia akan menyusahkan para pekerja pengutip sampah untuk asingkan pula. Bukan itu saja, mereka terpaksa "bergelumang" dalam sisa-sisa sampah yang lain, busuk dan kotor. Jika diletakkan di bawah atau di luar tong sampah, dikhuatiri akan selongkar oleh binatang liar pula. Kesian pengutip sampah nak kena bersihkan lagi.

Dah settle! Mudah kan? Ada yang kata susah dan leceh.. Alah bisa tegal biasa.. Kalau nak berubah jadi masyarakat yang berpemikiran Kelas Pertama, inilah yang perlu kita lakukan dan jadikan kebiasaan. Selamat mencuba!!

p/s: Terima kasih kepada isteri dan anak-anak sebab support "kerja gila" abah ni

Tiada lagi alasan untuk tidak melakukan pengurusan sampah dengan baik selepas ini. Boleh sahaja mulakan dari rumah, ini bukan sahaja untuk memudahkan kerja-kerja pengasingan sampah oleh pihak berwajib, tetapi dapat mendidik anak-anak akan pentingnya mengamalkan cara ini. Jom kita terapkan budaya ini. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "