Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selalu Gunakan Cuka Untuk Bahan Masakan, Ini 13 Kegunaan Lain Cuka Yang Anda Pasti Ingin Cuba

19 Nov 2016
No Comment

Anda sudah pastinya mempunyai sekurang-kurangnya satu botol cuka di dapur rumah anda, ianya boleh digunakan sebagai bahan masakan anda. Ianya mungkin sahaja digunakan sewaktu merebus telur, atau mungkin ingin melembutkan daging, mahu pun untuk kesegaran sayur.

Walau apa yang anda gunakan dengan cuka, kebanyakan adalah bagi membantu proses masakan anda. Dan disebabkan itu, cuka kurang digunakan untuk kegunaan lain yang boleh membantu dalam kerja-kerja harian.

Admin ingin kongsikan kepada anda, apa yang anda boleh lakukan dengan menggunakan cuka, sama ada cuka biasa, atau pun cuka epal. Mari kita lihat 13 kegunaan cuka dalam kehidupan seharian.


Perkara pertama yang anda mungkin akan fikirkan jika terdengar akan cuka, adalah, salad! Tetapi, terdapat manfaat lain yang anda boleh gunakan dengan cuka dari pandangan Bright Side. Ianya boleh sahaja menggantikan bahan pencuci anda, mahu pun boleh digunakan sebagai rutin kecantikan diri.

Cuka Putih

Cuka putih merupakan salah satu produk yang berada di dalam setiap rumah, ianya adalah bahan yang mebantu dalam dapur anda, pada masa yang sama, cuka putih mampu membantu sebagai bahan pembersih.

1. Menghalang Pertumbuhan Rumpai

Cuka putih sangat berguna dalam mematikan rumput atau rumpai yang bercambah pada tanaman anda, anda hanya perlu menyembur terus kepada rumpai atau rumput yang tidak diingini bagi menghalang pertumbuhan mereka.

2. Melembutkan Rambut

Untuk mendapatkan rambut yang lembut, campurkan 1 bahagian cuka putih dan 2 bahagian air. Semburkan ke keseluruhan rambut, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas.


3. Meneutralkan Bau Asap Rokok

Bagi meneutralkan bau asap rokok, tuangkan cuka ke dalam mangkuk, dan letakkan pada kawasan atau tempat yang anda mahukan bau tersebut hilang.

4. Kekalkan Penggilap Kuku Lebih Lama

Sebelum sapukan lapisan penggilap kuku yang pertama, celupkan jari anda ke dalam cuka selama 10 minit. Anda akan perasan kelak, penggilap kuku anda bertahan lebih lama dari biasa.


5. Memberi Kilauan Pada Tandas

Cuka mempunyai ejen pemutih dan anti-bakteria. Larutkan 1 bahagian cuka dengan 2 bahagian air, dan semburkan pada permukaan yang anda ingin bersihkan. Ianya akan nampak bersinar, seperti pertama kali digunakan.

6. Menanggalkan Kotoran Pada Lantai Dan Karpet

Untuk menghilangkan kotoran pada lantai, campurkan 1 cawan cuka putih dengan dua liter air suam. Manakala, untuk mencuci karpet pula, semburkan cuka pada bahagian yang mempunyai kotoran, dan campur sedikit detergen, biarkan ia kering, kemudian gosok kawasan berkenaan, dan anda akan tersenyum dengan gembira.


7. Hilangkan Kesan Peluh

Percikkan cuka putih pada bahagian yang terkesan di pakaian anda, biarkan paling kurang selama 10 minit, kemudian bilas. Pakaian anda akan nampak seperti baharu dibeli.


Cuka Epal

Selain menjadi bahan sampingan untuk salad, cuka epal juga boleh digunakan untuk kecantikan. Namun, bagi mengelakkan reaksi alahan, campurkan dengan air terlebih dahulu.

1. Mengurangkan Tompok Penuaan

Ia membantu dalam menanggalkan sel-sel mati pada kulit, tambahkan satu sudu cuka epal,kepada setengah gelas air, dan sapukan ke keseluruhan wajah dengan kapas. Biarkan selama 30 minit, dan bilas.


2. Melawan Jerawat

Ianya membuang lemak berlebihan dari wajah, mencegah jangkitan, menyembuhkan parut jerawat, membuka liang pori, dan membolehkan kulit wajah bernafas dengan baik.

3. Toner Muka

Lembapkan putik kapas dengan campuran 1 sudu cuka dan 2 cawan air. Sapukan pada wajah yang kering, dengan mengelakkan bahagian mata, setiap hari sebelum tidur. Jangan dibilas dahulu. Cuka membantu untuk mengimbangkan tahap pH semula jadi pada kulit, membuang kekotoran, dan melancarkan peredaran darah.

4. Menghilangkan Kelemumur

Dengan menggunakan cuka epal, ia sudah cukup untuk merawat masalah kelemumur. Campurkan 1 suku cawan cuka, dengan 1 suku cawan air di dalam botol penyembur. Semburkan pada rambut dan kulit kepala, balutkan kepala dengan tuala, biarkan selama 15 minit, kemudian bilaskan. Anda juga boleh campurkan cuka dengan syampu yang sedia ada.

5. Hilangkan Kesan Lebam

Rendamkan kapas ke dalam cuka epal yang telah dicampur dengan air, dan sapukan terus kepada bahagian yang lebam, serta biarkan selama satu jam. Anti-radang yang terdapat pada cuka akan membantu melegakan kulit yang tercedera, melancarkan peredaran darah, dan mempercepatkan proses penyembuhan.


6. Melegakan Gigitan Nyamuk

Cuka epal juga mempunyai antiseptic, anti-kegatalan, dan antibakteria yang membantu menghilangkan rasa gatal dan mengurangkan bengkak.

Cadangan umum untuk menggunakan cuka epal pada kulit:

a. Jangan sapukan cuka semata-mata : Sentiasa larutkan dengan air. Jika tidak, ia akan meninggalkan kesan atau punca kepada alahan kulit. Ratio yang dicadangkan adalah, 1 bahagian cuka, 3 bahagian air.

b. Sebelum menggunakan campuran, kacau bekas dengan baik, kerana campuran sentiasa terpisah.

c. Sebelum sapukan kepada wajah anda, pastikan ia tidak menghasilkan apa-apa reaksi alahan. Sapukan sedikit di tangan anda, biarkan selama beberapa minit, dan, jika tidak berlaku apa-apa, boleh gunakan di wajah.

d. Bagi pertama kali menggunakan cuka epal pada wajah, dinasihatkan supaya membilas wajah dengan air suam, selepas 5 minit. Anda boleh menjarakkan masa untuk penggunaan seterusnya.

e. Ingatlah bahawa rawatan ini perlu dilakukan pada waktu malam untuk mengelakkan terkena sinaran matahari, yang boleh menyebabkan luka pada kulit.

f. Anda boleh menjadikan larutan cuka epal yang diisi dalam botol penyembur sebagai losyen yang menyegarkan. Elakkan dari terkena mata.

-Siakap Keli

BACA: Anda Silap, Jika Anda Fikir Listerine Hanya Untuk Berkumur Sahaja, Ketahui 10 Kegunaan Lain Listerine Yang Boleh Diamalkan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "