Hampir Setiap Orang Dalam Keluarga ini Punyai 12 Jari Tangan & 12 Jari Kaki
India - Sebuah keluarga di India mempunyai ciri fizikal yang unik berbanding keluarga-keluarga lain - iaitu hampir setiap orang di dalam keluarga mereka mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki.
Keluarga Choudhary yang tinggal di Gaya Village, Bihar menganggap ciri unik itu sebagai hadiah dan sumpahan.
"Saya rasa ia satu rahmat bagi kami sekeluarga. Ia mesti satu mesej dari tuhan", kata Sitbiya Choudhary.
Namun, Krishna Choudhary, 50, merasakan perkara itu sebagai satu sumpahan kerana anak perempuannya sukar untuk mencari jodoh kerana perkara itu.
"Ayah dan datuk saya ada 24 jari. Saya dengan adik beradik lain ada 24 jari dan anak-anak serta cucu kami pun terkesan dengan kondisi ini", kata beliau.
"Saya tak punyai masalah dengan jari tambahan tapi anak dan cucu saya terkesan teruk. Perempuan-perempuan dalam keluarga ini payah untuk berkahwin kerana kondisi ini", katanya.
Selain itu, mereka juga mengalami kesukaran untuk mencari kasut yang sesuai sehingga terpaksa memakai selipar jepun sahaja.
Menurut pakar dermatologi, doktor Aayush Gupta, keluarga Choudhary menderita kecacatan genetik yang dinamakan Polydactyly.
"Biasanya jari tambahan tidak menyebabkan apa-apa masalah (kesihatan). Jari ekstra ini boleh dibuang dengan pembedahan jika pesakit mahukan tapi ianya mahal", kata Aayush.
Sumber: Metro.co.uk