Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tempat Ke 3 Dalam Debat Ekonomi Peringkat Dunia, UiTM Cipta Nama Sebaris Universiti Harvard Dan Paris Bar School

8 Nov 2016
No Comment

Empat pelajar undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewakili rantau ini pada pusingan akhir dunia baru-baru ini Pertandingan Debat pelaburan langsung asing (FDI) Timbangtara Antarabangsa telah berjaya mangharumkan nama Malaysia.

Mana tidaknya dalam acara yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, menyaksikan pasukan daripada UiTM itu telah meraih tempat ketiga, di belakang Universiti Harvard untuk tempat kedua dan Paris Bar School untuk tempat pertama.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat tertinggi dan berjaya, mereka ialah Amiza Murad(ketua pasukan), Fathan Alfian, Izzudin Zahidi dan Iffah Yahya.

Kegembiraan ini telah dikongsikan oleh seorang pensyarah undang-undang UiTM Encik Izuan Izzaidi Azmi di laman Facebooknya.


Menjadi satu-satunya pasukan dari asia yang layak ke semi final daripada beratus pasukan seluruh dunia yang bertanding (dari regional round), mara ke peringkat dunia bersama lebih 60 pasukan dari pelbagai university hebat termasuk Kings Kolej & New York University.

Berada pada kedudukan Top 4, mengalahkan Brazil tetapi kalah kepada Paris Bar School yang kemudiannya mengalahkan Harvard University seterusnya meletakkan Malaysia di tangga ke 3 dunia bagi saya adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan buat negara walaupun kita tidak bergelar juara...

{ Keputusan Rasmi }
FDI Moot Oral Finals 2016 
(world round) Buenos Aires, Argentina

1) Paris Bar School, France
2) Harvard Law School, Harvard University USA
3) Faculty of Law, UiTM Malaysia

Terima kasih semua atas doa yg tidak putus-putus buat pasukan UiTM

Tahniah kepada keempat-empat mereka ini dan juga pensyarah yang terlibat. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "