Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Denda Duduk Atas Tar, Lelaki Kongsi Kisah Dikenakan Pelbagai Denda Oleh Guru Dahulu Buat Dia Kini Jadi 'Manusia'

8 Nov 2016
One Comment

Hari ini nampaknya kisah persatuan ibu bapa yang tidak berpuas hati anak mereka didenda duduk atas jalan tar kerana lewat ke sekolah menjadi perbualan ramai hari ini.

Rata-rata netizen menyifatkan denda yang dilakukan berkenaan adalah perkara biasa dan tidak pun keterlaluan dilakukan oleh pengetua berkenaan, mereka menyifatkan sikap ibu bapa begini membuatkan anak makin manja dan tidak kuat mental

Berkaitan dengan kisah ini, salah seorang netizen bernama Mohammad Airie Firdaus telah berkongsikan kisah zaman sekolahnya dahulu, hukuman yang dilakukan agak berat, tetapi mereka terimanya sebagai pengajaran membuatkan mereka kini menjadi orang.


Terbaca berita budak budak sekolah didenda,ayat buat teruk sangat.

Teringat masa saya sekolah di SMAYK dulu,warden asrama kami bekas komando dan guru disiplin pulak bekas juara tomoi.

Kat asrama dulu,boleh kata tiap tiap pagi kami bangun subuh hanya sekali jerkah ja dengan bekas komander ni.terus kelam kabut capai tuala timba bagai berlari mandi 5 minit.kadang kadang kena beratur sebelum naik musolla.warden pernah check sapa tak mandi pagi.

Pernah ada sorang kawan kantoi.akibatnya dia terpaksa berendam dalam sungai sebelah asrama kami dengan baju teluk belanga kain pelikat yang dia pakai sambil di maki hamun warden.budak budak dalam musolla hari tu ada semayang subuh sambil gelak setiap kali dengar warden maki hamun kawan ni.

BACA: (VIDEO&GAMBAR) Ibu Bapa Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Lewat Ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar

Denda kantoi cha (rokok tembakau) lagi sempoi.warden kami ni rendam tembakau penuh jag dan paksa minum sampai licin.muntah hijau la jawabnya.haha

Setiap pagi sebelum pi kelas,kami akan lalu disebelah bilik warden ni yang tak sunyi dengan bunyi penampar,penumbuk dan maki hamun pada mangsa berkenaan.hari hari macam tu.

Sebelum keluar ke kelas,cadar katil mesti kemas.disiplin macam askar.penah sampah dalam tong sampah bilik saya cuma setengah saja.datang warden terus tuang tong sampah ni di tengah tengah bilik kami.peraturan kami tong sampah mesti kosong setiap pagi.bravo.apa lagi semua pakat kutip dan buang masa tu jugak.

Kalau rasa nak meleh ayaq mata masa kena toucher dalam tamrin,yang ni jauh lebih gila lagi.5 tahun saya hidup macam ni.masa tu tak da sapa yang report kat mak ayah maupun polis.sendiri bikin hal sendiri tanggung.

Banyak kelebihan yang saya dapat dari sistem tarbiah macam ni.tepat waktu,disiplin tinggi dan peka arahan.

Berikut adalah reaksi netizen mengenai perkara ini yang kami pos pada pagi tadi.


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. bukan salah anak-anak, tapi salah ibu bapa yg lebih2 sangat

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "