Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fitnah Axia: Perodua Akan Ambil TIndakan, Sedang Bekerjasama Dengan Pihak Berkuasa Kesan Mereka Yang Terlibat

17 Nov 2016


PERODUA Sales Sdn Bhd akan mengambil tindakan terhadap individu yang melemparkan dakwaan palsu tentang stereng terkunci pada Perodua Axia sehingga menyebabkan kemalangan.

Dakwaan palsu itu tersebar secara meluas di media sosial dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak.


Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales, Datuk Dr Zahari Husin, tuduhan itu tidak benar sama sekali  dan pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan tersebut.

Kami kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan dakwaan palsu ini yang mana telah menjejaskan nama baik Perodua.

Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan mereka yang terlibat. Kami juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Perodua juga turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan ketat.

Prosedur keselamatan telah ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti Sirim dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baru-baru ini kecoh di media sosial dengan dakwaan beberapa kemalangan melibatkan Perodua Axia berpunca daripada stereng yang terkunci secara tiba-tiba.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "