Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Panduan Meletakkan Nombor Telefon Waris Di Paparan Skrin Telefon, Sebagai Rujukan Sewaktu Kecemasan

30 Okt 2016
No Comment

Untuk memastikan telefon pintar tidak disalahgunakan oleh orang lain, kita seringkali membuat kata laluan supaya ianya tidak boleh dibuka oleh orang lain. Mungkin sahaja menggunakan kata laluan nombor, atau menggunakan ‘pattern lock’, dan jika ingin lagi selamat, gunakan ‘thumb print’.

Mana-mana kekunci skrin yang digunakan, ianya sama sekali hanya boleh diakses oleh pemilik telefon pintar itu sahaja. Jadi kebarangkalian untuk maklumat di dalam telefon pintar itu digodam, sangat tipis.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir, jika sesuatu terjadi kepada anda, dan orang awam ingin menelefon keluarga anda, tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian, kerana telefon anda mempunyai kata laluan. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Untuk mengatasi situasi seperti itu, admin ingin kongsikan, bagaimana kita boleh meletakkan nombor telefon waris di paparan skrin telefon pintar, yang mampu dilihat oleh orang awam, tanpa perlu 'unlock' telefon pintar. Jom kita tengok caranya, perkongsian dari laman Turbofix Pakar Handphone.


Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yg ada password). Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK..?

Di bawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:


*LENOVO*

1.
Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency


*SAMSUNG*

1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4. Owner infomation… Masukkan no telefon emergency


*ASUS*

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency


*XIOMI*

1.
Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.


*IPHONE (APPLE)*

To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emergency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya. SHARE jika info ini bermanfaat. -Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "