Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beribu Berkumpul Desak Presiden Korea Selatan Berundur Selepas Dakwaan Mengatakan Dia Terlibat Amalan Kronisme dan 'Dipengaruhi Bomoh'

30 Okt 2016


Beribu-ribu rakyat Korea Selatan berkumpul dalam protes jalanan besar-besaran pada Sabut, mendesak agar presiden negara itu, Park Geun-hye meletak jawatan selepas timbul dakwaan yang mengatakan dia berkongsi dokumen-dokumen rasmi kerajaan dengan seorang rakannya selain membenarkan rakannya itu campur tangan dalam urusan negara.

Pada Selasa, Park telah membuat permintaan maaf secara terbuka, dengan mengaku dia ada menunjukkan dokumen-dokumen rahsia itu termasuk draf ucapan presiden kepada rakannya itu, Choi Soon-sil untuk meminta nasihat biarpun Choi tidak memegang apa-apa jawatan awam negara itu.

"Saya terkejut dan hati saya sedih kerana (perkara itu) menyebabkan keresahan awam.

"Saya telah melakukan perkara itu (menunjukkan dokumen rasmi) tanpa sebarang niat jahat supaya saya boleh meneliti (dokumen terbabit), katanya sebagaimana lapor CNN.



Rangkaian televisyen tempatan, JTBC, mendedahkan skandal tersebut awal minggu ini, dengan menunjukkan bukti bahawa Choi menerima dokumen-dokumen rasmi dan mempengaruhi hal-hal kerajaan.

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan Choi menggunakan hubungan rapatnya dengan Park untuk kepentingan peribadi seperti memanipulasi syarikat-syarikat tempatan untuk menderma sebanyak 50 billion won (RM184 juta) kepada dua yayasan yang kononnya ditubuhkan oleh Choi.

Pada Khamis, Pejabat Pendakwaraya telah menubuhkan satu unit penyiasat istimewa untuk menyiasat itu tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan.

Bercakap kepada Reuters, salah seorang pemprotes, Jeong Hong-woo, 22, berkata: "Kini sudah jelas bahawa orang ramai (warga Korea Selatan) telah membuat keputuan yang salah dalam memilih presiden.

Skandal itu menjadi lebih teruk dan pelik apabila ada dakwaan yang mengatakan Choi terlibat dengan satu ajaran sesat, dengan menuduh Choi sebagai seorang 'bomoh', dan telah memanipulasi Park menerusi kuasa ghaib. Malah ada juga yang menyamakan Choi dengan ahli sihir Rusia, Rasputin.

Lee Ji-Hu, 33, yang turut mahu Park meletak jawatan berkata kepada Channel News Asia: "Bagaimana seorang pemimpin boleh ada tok bomoh, atau seseorang yang mempunyai kaitan dengan acaran sesat untuk dijadikan penasihat seterusnya membenarkan dia mengendalikan hal ehwal negara dan mensia-siakan wang rakyat seperti itu?".

Difahamkan, tuduhan Choi adalah seorang bomoh timbul kerana dia adalah anak kepada seorang lelaki yang dianggap mentor oleh Park, Choi Tae-min.

Choi Tae-min berkata dirinya seorang paderi kristian namun satu surat diplomatik rahsia dari kedutaan U.S menjelaskan Choi Tae-min sebagai 'karakter seperti Rasputin' dan media Korea Selatan menyifatkan gerejanya sebagai 'tempat pemujaan ajaran sesat'.

The New York Times menjelaskan lebih lanjut:

"Choi Tae-min adalah pengasas kepada Church of Eternal Life. Dia berkawan dengan Park, juniornya 40 tahun, selepas ibunya dibunuh pada 1974. Menurut satu laporan pada 1970 dari agensi risikan korea yang dimuatkan oleh akhbar Korea Selatan pada 2007, Choi Tae-min telah menghampiri Park dengan memberitahu ibu Park telah bertemu dengannya dalam mimpi dan meminta pertolongannya.

"Choi Tae-min merupakan seorang bekas pegawai polis yang pernah menjadi sami Buddha dan memeluk agama Roman Katolik. Dia menjadi mentor kepada Park dengan membantunya melaksanakan satu kumpulan pro-kerajaan yang dipanggil 'Movement for a New Mind'.


Sumber: Asian CorrespondantNPR
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "