PUTRAJAYA 14 Sept: Bagi membincangkan keperluan dan hukum agama berkaitan pengguguran kandungan wanita hamil yang dijangkiti virus zika, Kementerian Kesihatan akan membuat pertemuan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada minggu hadapan, lapor Berita Harian.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, keperluan untuk menggugurkan kandungan juga perlu mengambil kira tahap kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan, serta ibu terbabit.
"Kabinet mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk berjumpa dan berbincang bagi mengambil kira faktor saintifik serta hukum agama yang berkaitan dalam mencapai rumusan terbaik", katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam turut mengesahkan terdapat dua jenis virus zika yang menular di negara ini iaitu 'French Polynesia' dan 'Micronesia' sehingga menyebabkan enam warga tempatan dijangkiti penyakit terbabit setakat ini.
Sumber: BH Online