Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Banjir Darah' Landa Dhaka Selepas Hujan Berterusan di Hari Raya Korban

14 Sep 2016

Dhaka, 14 Sep - Dhaka hari ini dilanda 'banjir darah' selepas hujan berterusan melanda bandar tersebut di hari perayaan Aidil Adha.

Menurut Dhaka Tribune, takungan air hujan yang bercampur dengan darah haiwan korban telah menyebabkan bandar itu dilanda 'banjir darah'.

Penduduk di bandar tersebut menyalahkan dua syarikat pembersihan yang bertanggungjawab ke atas memastikan kebersihan sepanjang hari raya korban berlangsung di negara tersebut.

Difahamkan, dua syarikat itu sepatutnya ditugaskan untuk menjaga pecahan kawasan korban masing-masing - iaitu 496 kawasan di utara dan 504 kawasan di selatan.

Tempat-tempat ini dikhaskan untuk penduduk melakukan ibadah korban supaya kebersihan boleh dijaga dengan lebih baik.

Bagaimanapun, penduduk bandar itu berkata pada tahun ini tidak banyak kempen yang dijalankan oleh dua syarikat tersebut, menyebabkan orang ramai tidak tahu dimana hendak melakukan ibadah korban. Ini menyebabkan orang ramai melakukan ibadah korban di kawasan-kawasan yang mereka rasakan 'selesa', termasuklah di hadapan rumah.

Menurut mereka lagi, insiden itu menunjukkan bagaimana syarikat-syarikat itu gagal memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik dan tidak memandang serius dengan perkara itu sebelum sambutan hari raya korban.

Timbalan Ketua Pegawai Perbadanan pengurusan sisa Dhaka South City, Khandker Millat E Islam berkata masalah air bertakung di ibu negara adalah satu masalah yang lama.

"Kami masih lagi mencari penyelesaian untuk mengatasi isu ini", katanya.

"Kami sudah mengarahkan Maniknagar Wasa pump untuk mula bekerja, jadi kami harap masalah itu akan selesai tidak lama lagi", katanya. - Siakapkeli.my






Sumber : Dhaka Tribune
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "