Rio, 15 Se - Atlet para negara, Siti Noor Radiah, berjaya meraih pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh T20 Wanita berjaya meraih gangsa dalam acara yang berlangsung sebentar tadi.
Atlet berusia 23 tahun dari Johor itu melakukan lompatan sejauh 5.20 meter (m) sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Sukan Para Asia di Incheon 2014.
Pingat emas acara itu dimenangi oleh atlet dari Croatia dengan lompatan sejauh 5.67m manakala pingat perak pula diraih oleh peserta dari Poland dengan lompatan sejauh 5.55m.
Sumbangan pingat gangsa oleh Radiah itu menjadikan jumlah pingat bagi Paralimpik Rio 2016 sebanyak empat setakat ini.
Satu video yang merakamkan aksi Radiah mengibarkan jalur gemilang di Rio dimuat naik di laman Twitter.
Lompatan yang menyakinkan dari Siti Nor Radiah di percubaan ke 3 dengan catatan 5.20m untuk tempat ke 3! #Rio2016 pic.twitter.com/QkgBkcJtw4
— ISNMalaysia (@isnmalaysia) September 15, 2016
Jalur gemilang sekali lagi berkibar di Rio! Terima kasih Siti Noor Radiah! #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/M396VE0Txp— MISIM_MY (@MISIM_MY) September 15, 2016
Juara Asia pecahkan rekod Asia. Come on Radiah, pecahkan rekod dunia! #MISIM pic.twitter.com/m0J4uECiXz
— Nizam (@NizamArchibald) September 15, 2016