Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Susulan Tanah Runtuh Di Kulai, MPKu Bincang Langkah Tangani

18 Sep 2016

JOHOR BAHRU 18 Sept: Bagi membincangkan langkah segera berkaitan tanah runtuh di Jalan Belian 2, Bandar Putra dekat Kulai yang berlaku semalam, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) akan mengadakan mesyuarat bersama pemaju perumahan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, esok.

Yang Dipertua MPKu Abdul Rahman Salleh berkata, bagi menjamin keselamatan para penduduk perumahan tersebut, perbincangan perlu dilakukan, walaupun tiada sebarang runtuhan baharu dilaporkan setakat ini.

"Berdasarkan lawatan saya pada pagi tadi, pemaju perumahan sedang melakukan pemantauan selama 24 jam. Antara tindakan yang dilakukan termasuk menutup kawasan tanah runtuh itu dengan kanvas plastik sepanjang 60 meter," katanya, tulis Utusan.

Abdul Rahman berkata, difahamkan, sebelum tindakan seterusnya dilakukan sama ada perlu memasang tembok atau besi cerucuk bagi menguatkan tanah. pihak JKR dari Cawangan Kejuruteraan Cerun akan melawat kawasan kejadian hari ini terlebih dahulu, bagi melakukan penilaian awal struktur tanah.

Tambahnya lagi, pihaknya dalam masa yang sama sudah menasihati penduduk berhampiran runtuhan supaya  segera berpindah sekiranya keadaan memerlukan dan membuat laporan berhubung kejadian itu.

Semalam, penghuni di jalan tersebut dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku hanya kira-kira satu meter dari rumah mereka, di mana tanah runtuh tersebut berukuran kira-kira 30 meter panjang dengan ketinggian 10 meter

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3 pagi, namun, tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Beberapa penduduk sebelum itu turut mendakwa terdapat kesan rekahan berlaku di jalan tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "