Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kotakan Impian Travel Solo Rentas 11 Bandar Eropah, Pemuda 19 Tahun Ini Buktikan Impian Bukan Dongeng Semata-Mata

18 Sep 2016
No Comment

Sedari kita kecil lagi sudah mempunyai impian dan cita-cita, untuk dicapai pabila dewasa kelak. Ada yang menginginkan alat permainan jauh, ada pula yang menginginkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, atau ingin memiliki kereta dan rumah sewaktu berumur 25 tahun. 

Ianya mungkin tidak dapat dicapai tanpa dorongan atau keinginan yang tinggi, iaitu usaha bagi merealisasikan impian atau cita-cita tersebut. Siapa tahu, kita mampu mencapai semua itu, seawal usia yang lebih muda, tidak perlu untuk menunggu sehingga usia meningkat dewasa.

Ini yang berlaku, kepada seorang remaja yang telah pun berjaya merealisasikan impian dan cita-citanya, seawal usia 19 tahun. Yup, betul, 19 tahun. Seingat admin, di usia tersebut, admin masih lagi di peringkat diploma, dan berjiwa muda. Tapi tidak bagi, saudara Azzim Zahid, yang mana telah berjaya mengembara ke 11 buah bandar Eropah secara bersendirian. Mari kita baca apa yang dikongsikan oleh saudara Azzim.


Prague best gila. Salah satu tempat yang paling murah dalam Eropah. Jadi jangan terlepas untuk pergi sini kalu pergi eropah!

[EUROPE TRIP : IMPIAN DAN CITA-CITA]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Salam merdeka! Seriously, awalnya, saya taknak post pasal ni kat group ni. Sebab terfikir jugak "orang yang travel satu dunia tu tak post pun pasal travel dia kat group FB. kita yang sayur-sayur ni sibuk nak share, ah pedulikan! sebab saya rasa tak adil, saya dah la curi itinerary member2 group ni. saya kena la bagi balik sesuatu sbagai balasan! hehe.

saya taknak share pasal trip ni pun pasal pergi sana pergi sini naik apa kat mana apa yang best semua tu. tapi, ada satu benda je yang saya tertarik rasa nak share.

IMPIAN DAN CITA-CITA , Azzim, Ipoh, 19 tahun.

Dari kecil lagi, saya suka sangat berjalan. First time saya naik kapal terbang waktu pergi mengerjakan haji dengan mak abah pada tahun 2007, umur 10 tahun (yang ni tak kira berjalan sangat). Lepastu rasanya kali kedua pergi Bandung. Masa ni dah timbul rasa seronok berjalan. Masa dalam flight balik ke Malaysia, saya nangis sambil lambai-lambai dekat pekan Bandung yang nampak dari tingkap kapal terbang! 

Masa pergi Langkawi dulu pun sama. Dalam feri, nangis lambai-lambai kat burung helang yang besar gila tu! Dan seterusnya saya pergi "destinasi Airasia" yang lain. Tapi mostly Indonesia je. Yang banyak arrange kan trip masa ni kakngah saya (dia tengah baca ni). Masa ni asyik fikir je "mesti susah kan nak beli ticket flight tu. nak check in bag kat LCCT pun nampak cam susah sangat". Saya ada seorang mak sedara yang sangat suka melancong. Peh! Kejap London, kejap Taj Mahal pastu China pulak. halamaaakkk aku nak pergi jugak! NAK JADI MACAM MAKCIK AKU NI (umur baru 12 tahun kot time ni hahahahaha!)

Usia meningkat. Fikiran saya, sampai bila nak berjalan je kena ikut mak? kena tunggu kakngah belikan ticket flight?

Fuh. Satu hari (time ni dah 17 tahun), saya main2 Facebook. Terjumpa la BBM ni. Time tu baru tahu "laaaaaa senang je ke nak gi jalan2!". baru tahu bajet tak banyak pun boleh gi memana.

Sampai la satu hari, MALAYSIA MASUK FINAL PIALA AFC. LAWAN THAILAND. Ni la permulaan saya gi backpack sorang2. TENGOK MALAYSIA PUNYA GAME KAT BANGKOK. technically, tak sorang. sebab bila sampai Hatyai, jumpa abg Azrol Ruzali dan Madi San. Terima kasih kepada mereka. Masa ni mak pun takut2 nak lepas saya jalan sorang2. Memang silap la mak dah bagi permission. Next destination, Krabi! Lepastu Mabul Island! Lepastu Perth! masa ni pergi solo, baru lepas SPM). Time ni dah fikir, "orang lain lek je pergi sana pergi sini kan. aku pun nak macam tu!"

Colosseum! Kalau tak nak beratur paling kurang 2 jam nak beli tiket, sila beli secara online.

DAAAAAN BENDA PALING BERANI - 18 days in Europe! baru balik dua minggu lepas. dengan perasaan "nak pergi ke taknak ni" saya pun gamble beli ticket. Alhamdulillah, solo trip saya yang paling jauh dari rumah berjaya dilakukan tanpa ada sebarang masalah. 

Siapa sangka, tempat yang dari dulu usha dalam gambar je, aku dah pergi! dari kecik, bila cakap je pasal belajar kt oversea, nama London mesti naik punya. "haaa nanti dah besar belajar kat London tu ha! (nak maksudkan oversea). So mmg dari situ la dah mind set "nak pergi la siot London ni bila besar!".

Tower Bridge, London. Sebak pun ada bila sampai sini, dalam hati "Dah sampai dah London yang dulu-dulu aku mimpi-mimpikan tu" 

The point is, bila kita betul2 nak satu benda tu (in term of travel - "bila kita betul2 nak pergi satu tempat tu"), bermulalah dengan IMPIAN DAN CITA-CITA dahulu. Kena selalu sebut-sebut. Lantaklah main-main pun. bila sembang ngn kawan yang nak pergi Penang - "ah takde aku nak gi London!!" (padahal duit mmg cukup beli tiket gi Penang je). TAK APA! At least benda yang kita selalu sebut ni, akan ubah mindset kita untuk pergi lagi hampir kearah target kita. Selamber je letak target yang betul2 jelas, (nak pergi mana, nak pergi bila, dgn siapa, season apa dll). WALAUPUN TAKDE BAJET LG

"Ala dik kau muda boleh la. mak bapak kau bagi duit boleh la travel" 

Dari zaman sekolah, saya berniaga jual tshirt kecil-kecilan. waktu nak raya Aidilfitri dlu, saya jual kurta - visit my ig sis Bulanbintangkl (time ni dah fikir "target aku nk pergi London ni. kena cukup duit"). Alhamdulillah. Allah permudahkan. Saya tak terfikir pun, benda yang saya buat main2 dulu asyik sebut nak pergi London tu jadi betul2. After all, orang selalu cakap - kata-kata tu doa. Kan? Masalah saya dulu, asyik tgk gambar org je kat BBM ni. Sambil cakap sorang2 "bila laaaaaaaah aku boleh sampai sana". Benda ni yang kena ubah jadi "Tahun depan aku nak pergi sana!".











11 PERKARA YANG SAYA DAPATI DARIPADA TRIP TERSEBUT 

1. Impian dan cita-cita perlu jelas
*Impian dan cita-cita perlu betul-betul jelas agar kita mudah nak capai impian tu. Perlu senaraikan bila waktu kita nak pergi, siapa teman kita, apa tempat yang kita betul-betul nak lawati.

2. Selalu sebut impian tersebut
*Impian kita tu harus selalu “disebut-sebut”, semua itu doa! Sampai sekarang, saya masih tak sangka saya dah pergi lapan negara di Europe berseorangan. 

3. Fikirkan cara untuk realisasikan impian
*Bagi merialisasikan impian saya, saya perlu mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan saya disana. Oleh itu, saya berubah daripada seorang yang sebelum ini hanya menunggu untuk diberi duit belanja oleh ibu bapa kepada seorang yang lebih rajin untuk mencari duit sendiri. Hal ini dilakukan semata-mata untuk merialisasikan impian saya. 

4. Berdikari
*Bila cakap pasal solo travelling, benda pertama yang kena betul-betul ada dalam diri ialah sifat berdikari tu. Jika anda demam disana, andalah yang mengubati diri sendiri. 

5. Belajar untuk sabar
*Saya belajar untuk jadi seorang yang lebih sabar, lebih-lebih lagi apabila ada perkara yang kita dah rancang, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya! Di London, saya terlepas train untuk ke Stonehenge. Sabar! 


Nama awek ni Lucia, dari Milan. Umurnya 19 tahun dan solo traveller. Jumpa kat Venice. Betul la orang kata, "Venice ni Kota Cinta!", Ops!
6. Dapat kenalan baru
*Sunyi? Apa tu!! Part yang paling susah nak explain apabila orang tanya “tak bosan ke travel sorang-sorang?”. Di setiap hostel yang saya pergi, mesti ada seorang atau dua kawan baru yang saya berkenalan. Mereka juga kadangkala solo traveller. Di London, saya bertemu dengan Manuela dari German. Dialah travel buddy saya untuk satu hari di sana! Jadi, jangan malu untuk bergaul dengan traveller lain! 

7. Lebih yakin dan berani buat keputusan
*Saya lebih yakin dan berani dalam membuat keputusan. Tidak dinafikan, apabila mengembara mesti kita akan hadapi pelbagai masalah yang memerlukan kita membuat keputusan. Apabila kita mengembara secara solo, keputusan hanya terletak di tangan kita sendiri. Segala risiko daripada keputusan yang kita buat ditanggung oleh diri sendiri! Berdisiplin. 

8. Berdisiplin
*Jika bas dari London ke Paris dijadualkan pada pukul 11 malam, saya perlu berada di terminal bas setengah jam lebih awal. Jika tidak, sudah pasti saya ketinggalan bas. Perasaan “takut ketinggalan bas” ini secara tak langsung mendisiplinkan diri saya agar mematuhi masa! 

Ok ini Burano ye. Dulu saya ingat ni la Venice, rupanya dari Venice kena naik ferry 40 minit untuk sampai sini. Tempat yang sangat cute, semua rumah warna-warni.

9. Perlu ada persediaan dan persiapan
*Saya mula sedar yang bukan semua benda boleh kita lakukan secara “redah je”. Perlukan persiapan juga! Dulu, saya berpendapat yang travel secara “redah je” ni lagi mencabar dan sedikit cool. 

*Memang mencabar, tapi dari segi time consuming, travel secara “redah je” bukanlah sesuatu yang bijak. Sebagai contoh, jika saya tidak tahu yang saya boleh membeli tiket masuk ke Colloseum secara online, saya mungkin menghabiskan masa untuk beratur paling kurang dua jam dibawah terik matahari untuk beli tiket masuk ke Colloseum! 

10. Belajar berjimat-cermat
*Secara tidak langsung, saya “dilatih” untuk menjadi seorang yang berjimat cermat. Nilai matawang yang tinggi berbanding negara kita sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya. Oleh sebab itu, saya akan berfikir berkali-kali sebelum membeli apa-apa di sana sama ada barang itu hanya kehendak atau pun keperluan! 

11. Belajar erti bersyukur
*Saya sangat tersentuh apabila melihat kesungguhan ramai orang disana untuk mendapatkan wang dengan pelbagai cara. Contohnya dengan cara meminta sedekah, meminta makanan, persembahan jalanan dan tidak lupa dengan cara menyeluk saku! 

*Perlu diingat, jika kita rasa kitalah yang paling susah di dunia ini, ada yang mungkin lebih dahsyat daripada kita. Bersyukurlah dengan kehidupan yang kita ada sekarang ni!

Negara paling kecil di dunia, Vatican, Boleh naik public bus je dari Rome.

OVERVIEW TRIP  
LONDON - PARIS - ROME+PISA+FLORENCE - VENICE - LJUBLJANA - VIENNA - PRAGUE - BRUSSEL - AMSTERDAM.

- TRANSPORTATION -
*semuanya by bus. kecuali dari PARIS - ROME naik lowcost flight nama VUELING. TOLONG TOLONG TOLOOONG LA GUNA WEBSITE www.goeuro.co.uk untuk compare nak guna bas ke train ke flight ke

- ACCOMODATION -
*hostel je. book through hostelworld.com

- BUDGET -
*hampir rm7000 (saya tak shopping. mak cuma kata "mana2 kamu pergi pun, jangan lupa beli tu kat mak (tunjuk fridge magnet))
*rm2500+- flight emirates
*rm1500+- kat hostel
*rm1500+- transport
*rm1500+- belanja kat sana + admission fee (saya bawak periuk nasi kecik dan Brahim's banyak gila (read : banyak yang like seriously banyak sampai berat beg)

Terima kasih saya ucapkan kepada abg Azrol Ruzali (otai BBM 1), abg Madi San (otai BBM 2), kakak2 abg2 BBM yang saya pm dulu tanya macam2 pasal Europe, kakngah, kakya, awek London half Malaysian yang tolong tunjuk jalan, pakcik kedai buah kat Rome tolong call kan taxi, pakcik botak tolong tunjuk jalan kt Venice, Lucia gadis Milan teman jalan2 kat Venice dan semua yang tolong jayakan trip "budak kecik gi Europe ni" hahaha!

# saya takde itinerary yang details. kalau ada pun, just harini nak gi mana esok nak gi mana macam tu je. kalau ada yang respond nak, saya akan attach dalam file group. tapi kalau ada pape nak tanya, pm je saya. sebab saya pun buat macam tu jugak dlu! hehe

#gambar-gambar lain ada di ig saya @meripergibulat atau search hashtag #meripergieurope kat ig tu (perasan je ada org nak tgk gambar kau hahahaha!) p/s : ataupun siapa nak jadi stockist kurta saya boleh buka ig @bulanbintangkl hehe muah!

Jadi, tak salah jika nak simpan impian. Bermimpilah ingin ke bintang, paling-paling bila jatuh, masih di puncak gunung! SELAMAT BERCITA-CITA DAN BERIMPIAN JELAS � !!

Inilah dia Pantheon! Sebelum ni jumpa dalam buku Sejarah Tingkatan 4 je. Kali ni dah jumpa depan mata. 

Sekumpulan orang Malaysia yang saya terserempak di Kota London, tak dinafikan orang-orang Malaysia ni ramah-ramah belaka. 

Hello Florence! Sebuah bandar yang sangat cantik dan berbaloi untuk dilawati.

Dekat sini la movie "The Walk" buat penggambaran! Notre Dame, Paris!

Pisa! Dekat kampung saya ada menara condong jugak. Tapi kat Teluk Intan je lah huwaaaa! Sekarang saya dapat lihat menara condong yang selama ni tengok gambar orang je.


Benda wajib bila sampai Amsterdam haruslah ke Red Light district. Ehhhh bukan. Benda wajib haruslah sewa basikal and ride like locals.

Hi kak Mona! Kalau nak tengok potret teragung Da Vinci ni, boleh tengok dalam bangunan The Louvre ni. Ingatkan besar sangat potretnya, rupanya kecil je. Sama juga, sila beli tiket masuk secara online. 

Ljubljana, Slovenia! Sejuk gila beb tapi sebab saya takde masa nak gi Bled Lake tu, jadinya Ljubljana ni saya jalan hanya di City Center dan sesat di pasar tani, hahaha!

Kalau nak gambar view macam ni, kena ambil dari atas Arc De Triomphe. Yes, kita boleh masuk dalam Arc De Triomphe. Jangan lupa beli tiket online!







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "