Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Hampir Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali Gara-Gara Tak 'Lock' Pintu Kereta Ketika Tunggu Suami Ke Bank," Wanita Cerita Detik Cemas

15 Sep 2016
No Comment

Seorang wanita bernama Nabila Huda Mohamad telah menceritakan detik cemas yang melanda dirinya semalam apabila dia mendakwa hampir dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam kereta.

Menurut beliau, kejaidan berlaku menyebabkan dia kini masih trauma, ketika kejadian dia dikatakan sedang menunggu suaminya yang masuk ke dalam bank di dalam kereta di mana keretanya itu tidak dikunci.


Jom kita baca cerita penuh beliau.

Peristiwa petang tadi, pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta...lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup, saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit pangil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, skali dengan kereta pun kena tinggal di balai...huhu...sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak daapt tidur la malam ni...



Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa...ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes mcm ni kt fb...sekarang saya alami sendiri...beringat sebelum kena. - Nabila Huda Mohamad.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi kejadian, jadi kepada anda diluar sana, berhati-hatilah, jenayah di mana-mana. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "