Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penumpang Panik, Pancuran Air Keluar Dari Permukaan Feri

15 Sep 2016
No Comment
Gambar yang tersebar di Facebook, keadaan permukaan feri.

Georgetown 14 Sept: Keadaan dalam feri menjadi kelam-kabut oleh sebilangan pemandu yang menggunakan perkhidmatan feri tersebut, apabila air tiba-tiba keluar dari geladak utama.

Menerusi gambar insiden itu, yang tersebar di laman sosial Facebook, orang ramai mempersoalkan bagaimana kejadian luar biasa tersebut boleh berlaku, lapor Harian Metro.

Namun begitu, dalam respon di Facebook, pihak Penang Port Sdn Bhd menyatakan ia menyedari kejadian itu dan menjelaskan ia bukan luar biasa, pihak berkuasa pelabuhan itu berkata, pancutan air itu sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Penang Port Sdn Bhd, kru akan memeriksa paras air (di tangki) apabila feri berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air.

"Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi, dan bila air sampai pada parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu, menunjukkan tangki sudah penuh, dan lubang itu akan ditutup", ulas pihaknya.

Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan untuk keperluan domestik ketika feri melintasi laut.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "