Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Rendang', 'Mamak', 'Aiyoh' dan 'Char Kway Teow' Antara Perkataan Yang Diiktiraf Kamus Oxford

13 Sep 2016
No Comment

SINGAPURA 13 Sept - Selain 'Char Kway Teow', 'Chicken Rice' dan 'Rendang' juga adalah antara 500 perkataan, ungkapan dan deria yang diiktiraf oleh kamus, Oxford English Dictionary (OED) dalam kemaskini bulan Septembernya.

Terdapat lapan lagi perkataan yang diiktiraf oleh kamus yang berusia 150 tahun itu, iaitu 'Aiyah', 'Aiyoh', 'Ang Pow, 'Atas', 'Balut', 'Bodoh', 'Kopitiam', dan 'Mamak'.

Semua 11 perkataan itu digunakan secara meluas dan mudah difahami oleh kebanyakan daripada lebih 29 juta penduduk multi-etnik di Malaysia.

'Bodoh' yang bererti 'sukar mengerti' oleh Edisi Keempat Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak disangka diiktiraf oleh OED dan ia dirujuk sebagai kata sifat atau nama.

Dianggap secara meluas sebagai autoriti mengenai Bahasa Inggeris, kamus itu dikemaskini setiap tiga bulan, kemaskini seterusnya pada Disember 2016.

Sumber: Kosmo Online


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "