Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemuda ini Kongsikan Trip "Semua Nak Rasa" ke Cebu-Oslob-Badian-Moalboal

13 Sep 2016
No Comment
Pemuda ini Kongsikan Trip "Semua Nak Rasa" ke Cebu-Oslob-Badian-Moalboal


'Alamak tak sempat ke?', 'E'eh, sekejap nya dekat sini', 'la, kenapa tak pergi tempat tu?', inilah antara pesoalan-pesoalan yang sering menjadi bualan apabila terlepas atau berada sekejap sahaja di sesuatu tempat lawatan, jika sedang bercuti. Mana tidaknya,jadual masa atau perjalanan tidak disusun dengan betul, dan itinerary pula dibuat secara ala kadar sahaja.

Bagi melancarkan perjalanan, itinerary sangat penting, lebih-lebih jika ke luar negara, yang banyak tempat baharu untuk dilawati. Sebolehnya setiap tempat, mesti berada dalam senarai yang ingin dilawati. Namun, ia mungkin sukar, jika tempat yang ingin dilawati itu jauh dari satu sama lain, atau di kawasan yang berbeza.

Di sini, admin ingin kongsikan, bagaimana seorang pemuda berjaya melawati empat tempat popular di sekitar Philippines dalam tempoh empat hari sahaja.

Tidak mahu melepaskan peluang melawat ke setiap tempat, Pokcik Wan kongsikan 'simple itinerary' bagaimana untuk merancang perjalanan agar lebih terancang.

Simple Itinenary : Trip “Semua Nak Rasa” ke Cebu-Oslob-Badian-Moalboal (27-30/8/2016)

Day 1
• Flight AK 590 to Cebu,Philippines at 10.40am - 2.40pm.
• Sampai di Mactan Airport Cebu beli local simcard GLOBE Telcom P300 untuk 5hari unlimited internet.
• Mactan Airport to Cebu City 40minit bergantung kepada lalulintas(white meter taxi)
• Drop di Pier 1 Terminal jetty jalan kaki(5minit) ke Fort San Pedro dan Plaza Independencia(sesi bergambar)
• Jalan kaki lagi(5minit) ke hotel kami (Sampaguita Suite Plaza Garcia) untuk checkin.
• Drop beg terus keluar jalan-jalan ke replika “I LOVE CEBU” dan ke Magellan's cross(sesi bergambar)
• Balik bilik sebab sekitar 5.00pm ari dah nk gelap(kat Malaysia macam pukul 7pm)
#BAJET:Telcom=P300(rm26.70),Airport ke Cebu=P250(rm22.25)x4org,Sampaguita Suite=rm80(booking.com
#TOTAL:rm117.8/2pax@rm59pax 


Day 2
• Taxi dari hotel ke South Terminal(3am) selama 15minit dengan harga P60
• Dari South terminal naik bas(Ceres Liner) untuk ke OSLOB(Whaleshark point) selama 3jam 30minit dengan harga P165
• Tiba di OSLOB Whaleshark point dijemput tour guide untuk memulakan aktiviti
• 8am mula aktiviti snorkeling bersama Whaleshark(limit 30minit sahaja)
• Naik boat ke Sumilon Island(15minit je dari Whaleshark point)
• Sejam di Sumilon Island balik menaiki Jeepney terus ke Aguinid Falls(45minit tracking falls hingga je start point)makan tgh hari
• Selepas ke Aguinid Falls terus ke Hidden Falls(45minit hiking dan mandi-manda)
• Menaiki Jeepney balik ke Malunhaw Resort di badian untuk checkin&drop beg)perjalanan sekitar sejam
• Lepas checkin drop beg menaiki motor(bertiga) menuju ke Osmena Peak untuk melihat sunset.Perjalanan menaiki motor sekitar 1jam 15minit
• Mendaki 15minit ke puncak Osmena Peak(sesi bergambar)
• Pulang semula ke Malunhaw Resort untuk rehat dan bersedia aktiviti esoknya
#BAJET:taxi ke south terminal=P60(rm5.34)/2pax, bas ke oslon=P165(rm14.70)/pax,
semua aktiviti(guide,tempat tido AC day2&3,makan tengah hari sahaja day2&3,transport(jeepney&motosikal)entrance fee&equipment rent)=P7100(rm632)/pax #TOTAL:rm1300/2pax@rm650/pax

Day 3

• 8am menaiki motor untuk memulakan aktiviti Canyoneering di badian(20minit)
• Start aktviti di Falls level 3 hingga ke level 1(Kawasan Falls)
• Makan tengah hari dan terjun serta mandi manda(sesi bergambar)
• 12pm checkout di Malunhaw Resort dan menaiki habal-habal ke Moalboal(1jam perjalanan)
• Checkin di Marina Resort Moalboal dan bersedia untuk Island Hopping di Pescador Island
• 5.30pm balik ke resort dan menikmati sunset dia Moalboal
#BAJET:all include dalam pakej tour kami

Day 4
• Tunggu bas(ceres liner) dar Moalboal ke Cebu city(3jam 15minit)P165
• Naik taxi dari South Terminal ke Mactan Airport P250
• Airport Tax P750
• Fly to KUALA LUMPUR flight AK 591 at 3.05pm – 6.55pm
#BAJET:bas ke Cebu city P165(rm14.70)/pax, taxi ke Mactan Airport P250(rm22.25)2pax, Airport Tax P750(rm66.75)/pax 
#TOTAL:rm185/2pax@rm93/pax

*TOTAL ALL:
Flight ticket include meals (RM500)+Day 1(RM59)+Day 2(RM650)+Day 3(RM0)+Day 4(RM93)= RM1300/pax

*Bajet mungkin akan lagi murah jika dapat tiket flight murah(sebab ada jumpa budak Malaysia kat sana dan tiket return dia dapat dengan harga RM150 je)-rezeki dia kot..huhu-
*Mungkin juga bajet akan lagi murah kalau korang pergi sendiri tanpa guide/agent.tapi kami memilih agent disebabkan jadual kami sangat-sangat padat dengan aktiviti dan boleh dikatakan kami dapat melawati 80% tempat-tempat menarik dan terkenal di Cebu,Oslob,Badian dan Moalboal.Kalau pergi sendri dengan waktu 4H3M xsempat kot..huhu
*Yang paling penting impian kami berbaju melayu bersama bendera Malaysia tercapai.











Sumber: FB Pokcik Din



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "