Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Tahun 2 Hilang di Sekolah

21 Jun 2016


DUNGUN, 21 Jun: Seorang murid perempuan tahun dua di Sekolah Kebangsaan Batu 48 dilaporkan hilang dari sekolahnya pada tengah hari tadi.

Pelajar terbabit, Adriana Damia Danisha Nor Junadi, 8, disedari hilang oleh ibunya, Siti Mazlina Hamzah, 32, yang ketika itu pergi menjemput anaknya itu di sekolah tengahhari tadi.

Baca : Adriana Sudah Ditemui

Menurut Siti Mazlina, gurut kelas memaklumkan anaknya itu datang ke sekolah tetapi beliau dibantu pengawal keselamatan gagal menemui Adriana.

"Begnya pun hilang. Dia tak pernah begini, setiap hari saya akan datang menjemputnya, kalau dia pergi bermain dengan kawan, dia tinggal begnya di atas bangku.

"Pagi tadi, dia cakap tak mahu pergi ke sekolah. Ayah tirinya, Mohd Hazrin Zakaria, menghantarnya ke sekolah. Kira-kira jam 1.30 tengah hari, saya ke sekolah untuk menjemputnya di sekolah dan dia tiada," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Siti Mazlina berkata, beliau memaklumkan kejadian itu kepada bekas suaminya, yang turut serta mencari mangsa.

"Saya minta orang ramai yang melihat anak saya supaya menghubungi talian 013 9004527," katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan ada menerima laporan dari ibu mangsa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "