Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dijangkiti Virus Difteria

21 Jun 2016


MELAKA, 21 Jun: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria Difteria.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Ghazali Othman yang berkata kanak-kanak berbangsa India yang berasal dari Ujong Pasir itu meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Melaka.

Berikutan kejadian, pihak hospital mengesan seorang adik beradi mangsa yang turut dijangkiti virus sama dan kini dirawat di hospital yang sama.

"Sepasukan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah digerakkan dan memeriksa sebanyak 1,370 rumah di kawasan Ujong Pasir. 

"Hasil pemeriksaan, kita mengambil sebanyak 19 sampel calitan pada tekak dan kemudiannya dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk didianogsis," katanya sebagaimana lapor BH Online.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran berita melalui WhatsApp yang meminta orang ramai supaya mengelak dari mengunjungi kawasan Ujong Pasir terutama kanak-kanak berikutan virus Difteria yang sedang merebak.

Ghazali berkata wabak berkenaan masih terkawal dan bukan berada pada tahap membimbangkan.

"Setakat petang ini, keadaan masih lagi terkawal dan tindakan mengesan kes baharu sedang diteruskan dan orang ramai juga tidak perlu panik.

"Bagaimanapun, sesiapa mempunyai anak yang mengalami demam dan sakit tekak diminta segera mendapatkan rawatan ke hospital atau klinik berhampiran bagi menjalani pemeriksaan lanjut," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "