Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Tahun Dua Yang Dilaporkan Hilang Sudah Ditemui

21 Jun 2016


Dungun, 21 Jun: Murid tahun dua yang dilaporkan hilang selepas tamat sesi persekolahan ditemui selamat di rumah rakannya di Taman Rakyat, Dungun pada jam 7 petang tadi.

Menurut ibu murid tersebut, anaknya itu dikatakan mengikut rakan sekelasnya pulang ke rumah sehingga ibu rakannya itu mengetahui tentang kisah kehilangan Adriana tersebar di media sosial.

"Ibu rakannya menghubungi saya sebelum bergegas ke rumahnya.

"Alhamdulillah saya bersyukur Adriana selamat dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya,"katanya.

Kehilangan Adriana mula disedari ibunya ketika dia pergi mengambil anaknya itu di Sekolah Kebangsaan Batu 48 kira-kira jam 1.30 petang tadi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "