Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ikon Pakistan Yang Dalam Perjalanan Pulang Dari Berdakwah Turut Terlibat Dalam Nahas, Merupakan Bekas Selebriti Popular Pakistan Sebelum Mendalami Islam

7 Dis 2016

Pakistan - Junaid Jamshed, seorang bekas selebiriti di Pakistan - yang sudah berubah menjadi pendakwah agama - turut menaiki pesawat malang PK-661 yang terhempas dalam kejadian sebentar tadi.


Junaid Jamshed merupakan bekas artis rakaman, personaliti televisyen, pereka fesyen, pelakon  dan penyanyi dan juga penulis lagu. Dia kemudian mengubah haluan untuk mendalami agama dan menjadi pendakwah bebas.

Menurut Samaa.tv, Junaid bersama isteri sepatutnya tiba di Islamabad dan difahamkan dia dalam perjalanan pulang selepas selesai dari berdakwah di Chitral.

"Syurga di atas bumi Chitral... Bersama rakan-rakan ke arah jalan kepada Allah. Bukit Tirchmir bersalji dibelakang kami", tulis Junaid di satu tweet pada 4 Disember lalu.


Beberapa laporan berkata, Junaid sedang menjalani rutin berdakwah yang ditugaskan oleh Tableek Jamaat di Chitral.

Abang kepada Junaid mengesahkan adiknya itu menaiki penerbangan malang tersebut.

Junaid Jamshed merupakan pop star pertama dalam industri muzik Pakistan. Namun, ketika namanya sedang naik, dia berpatah balik dan meninggalkan dunia glamournya untuk mengabadikan diri kepada Islam.

"Apabila saya balik dari satu persembahan keagamaan pada 1997, saya sedar bahawa banyak lagi pengertian di dalam hidup ini selain dari menyanyi dan melompat"

"Bila saya membuat keputusan untuk berhenti menyanyi, ramai yang terkejut. Namun saya pasti itu adalah keputusan yang sebetulnya kerana Allah melarang jenis lagu yang dinyanyikan oleh saya, dan ianya adalah tugas saya untuk mengikut arahanNya", kata Junaid di dalam satu temuramah.

Junaid kemudian berubah mula membuat dan menyanyi lagu-lagu yang bersifat keagamaan. Selain itu, dia juga merupakan ikon usahawan Islam di Pakistan.

Sumber: Samaa.tvGeo.tvQantara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "