Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini: Pesawat Pakistan Bawa Lebih 40 Penumpang Terhempas

7 Dis 2016
Foto hiasan.


Sebuah pesawat Pakistan yang membawa 37 penumpang telah dilaporkan
'hilang', kata jurucakap syarikat penerbangan.

Pesawat penumpang PK 116 milik Pakistan International Airlines (PIA) dalam perjalanan ke Islamabad dari utara bandar Chitral.

Media tempatan, ANI,  melaporkan pesawat itu telah terhempas berdekatan Haveliyan di Abottabad.

Dalam perkembangan terbaru, portal BBC turut melaporkan media tempatan pesawat itu terhempas. Selain itu, polis tempatan turut mengesahkan pesawat itu telah terhempas.

Menurut media tempatan, bekas selebriti negara itu yang dikenali sebagai Junaid Jamshed, turut menaiki pesawat itu bersama isteri.

Junaid Jamshed merupakan bekas artis rakaman, personaliti televisyen, pereka fesyen, pelakon  dan penyanyi dan juga penulis lagu. Dia kemudian mengubah haluan untuk mendalami agama dan menjadi pendakwah bebas.



Sumber: Independent, Reuters
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "